Friday, January 1, 2021

Terima kasih 2020 ... Alhamdulillah 2021

Assalamualaikum...

Pagi tadi bila bangun alhamdulillah masih lagi bernafas untuk teruskan perjuangan seterusnya.

Tahun 2020 dah berlalu beberapa jam ... banyaknya kisah tahun ini .... tahun yang penuh dengan cabaran bagi semua pihak. Suka duka gembira bahagia kecewa sakit sihat semua ada. 

Paling terkesan dengan pandemik C19. apapun ada hikmahnya di sebalik semua ini. 

Tahun ni akan fokus dengan dua batch SPM. SPM 2020 dan SPM 2021... Moga Allah beri kesihatan yang baik agar cgu dapat bantu anak2 murid cgu. Teruskan mencari ilmu. Terlalu banyak ilmu di hujung jari je sekarang ni. Cuma pastikan ilmunya betul. Jika perlu kelas online ... cgu boleh je ...

Tahun ni juga cabaran buat cgu sebagai ibu... anak sulung cgu calon SPM 2021... inshaallah mama akan sentiasa ada di sisi Hakim... Ingat apa yang mama cakap hari ini ... cari ilmu dengan niat yang betul... hormati guru yang mengajar Hakim... doakan sentiasa guru2 Hakim... dengar kata mama n daddy ... inshaallah kl Allah izinkan Hakim dapat Semua A pasti Hakim akan dapat.. yang penting Hakim berusaha... mama n daddy akan bantu sampai habis... Adik pun Tingkatan 3... buat yang terbaik untuk keputusan akhir Menengah Rendah nanti... fokus dengan matlamat yang adik nak...apapun yang akan berlaku Hakim dan adik anak kebanggaan mama n daddy... harta yang paling berharga... 

Matlamat nak turunkan berat badan agar tercapai tahun ini. Suami kata buat sampai jadi. Cgu cuba dan akan usahakan. inshaallah ... nak jadi terus Guru Cemerlang ... membantu sesiapa sahaja yang memerlukan... channel youtube, upload dalam sebulan sekurang-kurangnya 2 video berkaitan dengan pembelajaran... cgu rasa nak share juga aktiviti dalam kelas2 cgu... mudahan kali ini jadi semula...

Rasa ini sahaja... masuk tahun yang keempat ... mak tanpa di sisi ... AlFatihah buat mak ... sungguh terlalu rindu... 

Ya Allah , Muliakanlah orang yang membaca doa ini, lapangkanlah hatinya, bahagiakanlah keluarganya dan luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan . Mudahkanlah segala urusannya, kabulkanlah cita-citanya, jauhkan dia daripada segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkanlah dia drpd segala musibah, serta terimalah semua amal ibadahnya dan kelak jadikanlah dia sebagai penghuni SyurgaMu. 

آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ

No comments:

Post a Comment

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023