Sunday, November 20, 2016

Coretan Hati ... UPSR 2016



Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat sahabat semua..

--------------------------------------------

"Kami tidak bersedia 100% daripada segi fizikal dan mental sebenarnya. Kami tidak jelas 100% berkaitan dengan KSSR. Dengan kata lain kami memang tidak bersedia dalam semuanya. " Sebab itu kami juga tercuit hati.. anak yang baru 12 tahun dah rasa kecewa. Bukan kami sahaja rasanya ramai ibubapa di luar sana seperti kami. Bukan kami tidak menerima tetapi adalah tidak logik headcount yang dibuat selama ini biasanya tidak jauh beza tetapi hari ini memberikan maksud yang berbeza. Jauh perbezaannya. Semuanya adalah PBS. 
... cerita di hari selepas pengumuman UPSR 2016. 
----------------------------------------------

3 hari dah berlalu selepas keputusan UPSR diumumkan. Alhamdulillah hari ini lebih baik dari hari sebelumnya. Sekadar perkongsian satu pengalaman yang Allah beri kpd kami sekeluarga. Betul dan benar.. sejauh mana yang kita harapkan setinggi langit yang kita impikan sebesar mana yang kita usahakan.. kalau Allah nak beri Dia tetap akan beri. Sejauh mana kita percaya dengan Rukun Iman yg ke 6..percaya dgn qada dan qadar. Indahnya pengalaman ini..

Memang A bukanlah segalanya.. tapi tipulah kalau hati ni tak tercuit bila melihat apa yg berlaku depan mata. POSITIF macamana sekalipun la diri kita tetap akan terasa bila lihat anak sendiri terdiam tanpa berkata apa2 hanya nmpk air mata yang mengalir. Jarang sangat tengok anak bujang seorang ni menangis. Memang pagi tu nak ambil keputusan kami lihat dia sangat berkeyakinan. Penerapan positif dalam diri sentiasa apa yang diingini tercapai.. sentiasa buat apa yang 'Pak Anjang' selalu sarankan. TAPI gagalnya diri bila sehelai kertas yang dia dapat terus berubah segalanya... 

Walaupun kami pujuk dia tetap sama. Dalam diri dia menebal dengan impian nak bersekolah di SAS. Kami nampak usahanya. Prestasi sentiasa meningkat. Itulah cita-cita dia sejak kecil. Kami hanya menggalakkan sahaja apa yg dia nak. Hakikatnya aku mmg sedih bila suara yang pertama dia keluarkan 'mama, hakim tak dapat masuk SAS'.. tapi aku tahan sebab aku tak nak dia tengok mama nya menangis. Aku kena kuat begitu juga suami. Kami dah tau keputusannya sebelum tu lagi.. kami redha. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. 

Guru besar dan gurunya yang lain macam tak percaya ini keputusan yang dia dapat. Puas memujuk dia. Sekejap ok sekejap tidak. Kami faham apa yang dia rasa. Cuma kami kena terus  yakinkan diri dia. 

Secara peribadi aku faham apa yang berlaku.. KSSR.. 4 komponen yg diambilkira bukan sekadar UPSR (Pentaksiran Pusat). Sebab aku seorang guru tetapi suami faham dengan erti kata yang lain. Pandangan dari sudut seorang bapa. Mmg berbeza. Bermacam2 bermain dalam kepala. Aku tau dia sedih bila melihat harapan anak hancur dan dalam masa sama dia tidak jelas apa yg dimaksudkan dgn KSSR sebenarnya. Inilah tahun pertama.. anak kita yang lahir tahun 2004. Bukan mudah nak menerima perubahan tetapi kita terpaksa menerimanya.. sebab tu aku kata inilah pengalaman dengan kejutan.

Bila dapat tau gred yang sangat tinggi menjadi ukuran.. anak hanya cakap 'unfair'... tapi itulah kenyataannya.. nak komen pun tak guna. hakikatnya kami tidak bersedia 100% ke arah itu. Memang headcount selalu tak pernah tipu jika kita nampak ada momentum. Itu yang selalu aku buat sbg ukuran. Tapi nampaknya headcount sebaliknya. Aku pelik juga. Tapi bila dapat tau pasal gred ni mmg la ada kebenarannya headcount tidak terpakai. 😬

Apapun Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu.. dalam masa yang singkat anak lebih tenang sekarang.. sudah boleh menerima ke mana pun yang ditawarkan ke SMK PP11(1). Jika sebelum ini minta aku merayu dan pelbagai apa jua yang boleh dibuat utk masuk SAS. Daddynya juga... bertambah2 sedih aku.. umpamanya seperti gagalnya seorang ibu mendidik anaknya sendiri dalam masa yang sama aku seorang guru cemerlang dan terbilang la kononnya yang asyik berkorban untuk SAS. Hanya Allah aku berserah. Moga pengalaman ini memberi aku kekuatan utk aku terus berfikiran positif pada masa akan datang. 

Terima kasih buat rakan2 seperjuangan SAS yang sentiasa memberi sokongan dan kekuatan kepada aku untuk aku terus berpijak di bumi yang nyata. Aku suami dan kami sudah rasional semula. Bila lihat anak dah kembali ceria (ni pun sedang bertanding di World of Robotic National Championship .. second round).. sambil tunggu aku pun mula menulis.. 😉


Sahabat semua, tengok lah video penjelasan Datin Nawal berkaitan dgn UPSR. Cuba fahaminya dengan baik. Terima dengan hati terbuka dengan perubahan ini. Sekurang-kurangnya bersedia 100% dengan lebih awal apa yang akan berlaku. Lihat satu keluarga bersama dengan anak2 yang lahir selepas tahun 2004. Biar bersedia dari segi fizikal dan mental. Sistem pendidikan dah tak sama macam kita dulu. Cari ilmu bukan kerana A tetapi cari lah ilmu kerana ilmunya inshaallah A pasti akan hadir bersama2... ☺️☺️☺️

Doa mama buat Hakim dan Husna... Moga anak2 mama berjaya dunia akhirat.. tahu membezakan yang baik dan sebaliknya.. jadi anak yang soleh. Seorang muslim dan muslimah yang pandai menjaga diri dan iman. Ingat Allah selalu. Solat sentiasa. Baca alquran sentiasa. Inshaallah .. kita kuat di mana jua kita berada. Mama Daddy sayang Hakim dan Husna sampai bila2... 😘😘😘

Tengok ya rakan2..



Tuesday, November 15, 2016

SPM 2016... Good Luck!





Allahumma
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid.

Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anak2 didikku ... ibad, aidi wafi, azeem aqif, amin, salman, taufik, zainal, azrai, faris haziq, ali, danish, muaz, luqman, syahmi, arwie, iman, hazim, amrin, raja, nawfal, iqbal, nuraiman, tamish, hasif, ku azeem, daniel arif, afiq, ridhuan, faizzuddin, shafiq, amsyar, firdaus, amirul hazreen, faris naim, faris aiman, ady, adam, aiman, farhan, rahim dan alif fitri agar mereka dapat menjawab dengan baik.

Allahumma
Ya zohir
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anak2 didikku ... ibad, aidi wafi, azeem aqif, amin, salman, taufik, zainal, azrai, faris haziq, ali, danish, muaz, luqman, syahmi, arwie, iman, hazim, amrin, raja, nawfal, iqbal, nuraiman, tamish, hasif, ku azeem, daniel arif, afiq, ridhuan, faizzuddin, shafiq, amsyar, firdaus, amirul hazreen, faris naim, faris aiman, ady, adam, aiman, farhan, rahim dan alif fitri kerana Kau Maha Menampakkan

Allahumma
Ya Fatah
Ya Allah bukakanlah minda anak2 didikku ... ibad, aidi wafi, azeem aqif, amin, salman, taufik, zainal, azrai, faris haziq, ali, danish, muaz, luqman, syahmi, arwie, iman, hazim, amrin, raja, nawfal, iqbal, nuraiman, tamish, hasif, ku azeem, daniel arif, afiq, ridhuan, faizzuddin, shafiq, amsyar, firdaus, amirul hazreen, faris naim, faris aiman, ady, adam, aiman, farhan, rahim dan alif fitri seluas langit dan bumi agar mereka nampak segala jawapan yang betul.

Allahumma
Ya Baari'.
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anak2 didikku ... ibad, aidi wafi, azeem aqif, amin, salman, taufik, zainal, azrai, faris haziq, ali, danish, muaz, luqman, syahmi, arwie, iman, hazim, amrin, raja, nawfal, iqbal, nuraiman, tamish, hasif, ku azeem, daniel arif, afiq, ridhuan, faizzuddin, shafiq, amsyar, firdaus, amirul hazreen, faris naim, faris aiman, ady, adam, aiman, farhan, rahim dan alif fitri hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang mereka exam Prinsip Perakaunan kertas 1 dan 2 ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemari mereka utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yaqin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. aku tiada daya..

Makbulkan lah permintaan Ku ini Ya Allah
😌😌😌

# dan buat semua calon yg akn duduki peperiksaan akaun esok hari.. cgu ucapkan sama good luck.. buat yang terbaik.. mudahan apa yg diimpikan mendapat kejayaan dan dimakbulkan olehNya...
aminnnn

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023