Salam kasih sayang...
dah 5 hari berlalu keputusan SPM dikeluarkan... alhamdulillah berakhir sudah untuk tahun 2015... Tahniah buat semua anak2 didik cgu yang berjaya dan layak mendapat sijil SPM 2015. Buat yang gagal teruskan usaha... dan yakin ada hikmahnya. Gagal hari ini bukannya akan gagal selamanya kan..
Alhamdulillah tahun ni Prinsip Perakaunan SPM meningkat peringkat kebangsaan. Tahniah buat semua yang terlibat... bagi mereka yang berjaya cuba tengok slip keputusan SPM tu... ada tak ditulis 3756 (LCCI) - 1 ... kalau ada maknanya, layak mohon Sijil LCCI...
lihat contoh slip di atas...
ada 2 keistimewaan siapa yang ambil Prinsip Perakaunan SPM...
1. Layak memohon Sijil LCCI
2. Layak mendapat pengecualian ACCA-CAT-FA1.
Istimewa sangat ke kedua2 ni? kl tanya cgu... YA!
bersyukur ... ambil satu subjek dapat result blh dapat lagi satu sijil selain SPM... dah jimat kos.. kl tak nak ambil buat sijil tu pun kena byr melebihi daripada harga nak bayar sijil tu... ada yang bagitau cgu, sijil lcci ni mmg ada gunanya sbb bila mohon kerja ada syarikat yang minta sijil ni.. bila ada dapat kerja bila tak de tak dapat kerja.
Pengecualian FA1 tu kalau sambung dengan ACCA ... mmg dapat la pengecualian CAT-FA1.. dah jimat masa dan kos juga tu... untung nya anak2 generasi sekarang... belajar sungguh2 boleh dapat dua sijil dan pengecualian lagi... masa zaman cgu tak de pun ni semua... bersyukur lah... POSITIF!
Macamana nak mohon Sijil LCCI SPM 2015?
ada 2 cara ... manual atau online
Manual
Isi borang dan fotostat salinan slip kptsn dan IC hantar ke LCCI ... Bayaran RM26.50 beli wang pos.
LCCI International Qualifications (M) Sdn. Bhd.
Level 1, Tower 2A, Avenue 5, Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Online
1. klik http://www.lcciasia.com/spmdc
2. Ikut je langkah satu per satu ... pastikan dah scan dulu slip keputusan SPM dan IC...
3. Bayaran pula blh dibuat menggunakan kad kredit/debit, online banking dan eWallet.
Cgu percaya semua boleh buat secara online kan... mudah je... yang penting sediakan dulu apa yang diperlukan ... bayaran online lebih sikit ... RM28.57... pasal bayaran ni cgu No Komen la ya.
Bila tarikh tutup ni? .... 31 OKTOBER 2016
Tapi..... Sesiapa yang mohon SEBELUM 30 APRIL 2016 ... Sijil akan diterima selepas OKTOBER 2016... ambil di sekolah masing2.
Jika ... mohon SELEPAS 30 APRIL 2016, sijil akan diterima selepas JANUARI 2017.
Apa2 nak tau lebih lanjut .... kat sini semua ada... :)
MALAYSIA: SPM Double Certification ...
SPM Principles of Accounting Double Certification
Ok tu je ... harap2 info ini membantu kepada yang nak mohon Sijil LCCI...