Saturday, January 30, 2016

JANUARI 2016


Sekadar perkongsian segala aktiviti / program cgu atau panitia yang dijalankan sepanjang bulan Januari 2016... supaya ianya boleh dirujuk semula di hujung tahun nanti... :)

Minggu 1 - 04-10.01.16

PdP T5 - Belanjawan Tunai selesai
PdP T4 - Pengenalan kepada Perakaunan ... buat kumpulan perbincangan 
06.01.16 .... terlibat dengan Pendaftaran T1 (kaunter Koperasi 1M)

Minggu 2 - 11-17.01.16

11.01.16 - Anugerah Pengetua PAT 2015... alhamdulillah dapat gak dilaksanakan... tertangguh tahun lepas disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan..

12-15.01.16 - Mesyuarat...
semua PdP ditangguhkan... Minggu 3 kita jumpa ya ... 

Minggu 3 - 18-24.01.16

19.01.16 - Malam Perkasa Ilmu 01/2016 [08.00 pm - 09.30 pm]... mulakan dengan topik seterusnya... Penyata Penyesuaian Bank...

20.01.16 - [03.30 - 04.30 pm] Perjumpaan Kelab Pengguna Sekolah ... taklimat dan penyediaan papan kenyataan kelab.

21.01.16 - [03.30 - 05.00 pm] Mesyuarat UPP/PBS Bil 1/2016 

21.01.16 - [09.00 pm - 11.00 pm] ... Taklimat dan penyediaan Headcount Murid SPM 2016... 

PdP T4 ... sambungan Pengenalan kepada Perakaunan...
PdP T5 ... teknik menjawab PPB
PdP T1 ... Organisasi Bengkel dan Keselamatan ... 

Minggu 4 - 25-30.01.16

26.01.16 [01.10 pm - 02.15 pm] - Mesyuarat Pengurus Kualiti - 04 Pengurus Peperiksaan

28.01.16 [07.30 am - 01.10 pm] - guru pengawas Ujian Khas Ulangan PAT T4 2015 ...bagi murid yang Gagal elektif.

PdP T4 ... sambungan pembentangan Pengenalan kpd Perakaunan
PdP T5 ... Penggajian
PdP T1 ... ditangguhkan ... relif pengawas peperiksaan di Dewan Putra Perdana


- Ujian Khas Ulangan PAT T4 2015 -

29.01.16 - [08.30 am - 01.00 pm] Majlis Dialog Akademik Perjumpaan Ibu Bapa T5 2016. AJK Pamplet/Pembentangan/Booklet/Slip Keputusan 

30.01.16 [11.00 am - 01.00 pm] - Bengkel Magic Hand BADLEH Tingkatan 4M dan 4U.. 
Tempat : Bilik Tutorial ...

Alhamdulillah berakhir bulan Januari dengan beberapa perancangan yang dapat dilaksanankan dengan kerjasama semua pentadbir, rakan2, pibg... tak lupa suami tercinta.. dan anak2 yang sentiasa menyokong apa yang mama buat...

Seterusnya ... Februari 2016 ...


Dialog Akademik TOV ETR 2016

Salam kasih sayang buat semua...


alhamdulillah selesai... penat gak menyediakan bahan2 yang diperlukan semasa majlis... tapi puas dengan hasilnya... bersyukur masih diberi peluang dan kesihatan untuk menyelesaikannya...

tahun ni buat awal sedikit... ramai gak ibu bapa yg datang berjumpa. yg sebelum ni tak pernah jumpa pun dah berjumpa kali ni... alhamdulillah... sokongan dua-dua pihak mmg penting... tak boleh hanya satu pihak.. bila bergabung akan jadi lebih luat biasa... biasanya kan... :)

buat yang tak dapat jumpa mudahan perjumpaan seterusnya diizinkan...
moga apa yang diimpikan tercapai... 

apapun buat ank2 sas tercinta... jaga 5 perkara...
1. hubungan dengan Allah
2. hubungan dengan ibu bapa
3. hubungan dengan guru
4. hubungan dengan rakan2
5. hubungan sesama insan....

inshaallah jika jaga semua ni.. kita dapat apa yang diimpikan ... yakin boleh!







Tuesday, January 26, 2016

Majlis Watikah Pelantikan BUSAS 2016



250116 .... bersama Prof Madya Dr Mohd Aderi Che Noh.

jaga hubungan dengan semua... inshaallah akan mudah segalanya.. BUSAS membantu sekolah, guru agama, guru2 dalam semua aspek. kecemerlangan akan datang bersama keberkatan dengan akhlak yang baik. 
Hormati guru setiap masa walaupun di mana kita berada. 
Moga 56 BUSAS yg terpilih tahun ni akan lebih cemerlang. 
Kecemerlangan akhlak itu yg penting. SAS akan terus cemerlang sebagai seorang muslim. 

Monday, January 18, 2016

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas

18 Januari 2016... minggu ke 3.. alhamdulillah majlis watikah pelantikan pengawas dpt dilaksanakan.. macam awal je tahun ni..
Pada masa yg sama pelancaran kempen antibuli.. 



Moga pelantikan tahun ini memberi satu peluang kepada pengawas yg terpilih utk membuktikan kepimpinan yg ada dlm diri. Sekolah memberikan kepercayaan penuh kepada badan pengawas utk membantu dlm urusan pentadbiran sekolah agar kemas dan teratur. Laksanakanlah tanggungjawab dan amanah yg diberi dgn baik. Ianya satu ibadah.. ikhlas kan diri... 

Siapa KP tahun ni???

Kempen antibuli bermula.. harapan cgu gk moga tahun ni TIADA Buli.. "jgn mimpi kalau dh ada rekod jenayah nak hidup seperti org yg hidupnya cemerlang" ... Mungkin ada kebenarannya...😉😉😉

Seimbangkan akademik dan kokurikulum.. jadilah anak yg soleh...😘😘😘





Saturday, January 9, 2016

DRAF JADUAL SPM 2016

Salam kasih sayang buat semua...

Jom Like dulu Page cgu ... 
Page FB cikgusila.com

Hari ni cgu meluangkan masa untuk melayari internet... 
teringat tentang jadual SPM... tahun ni mesti dah ada.. betul mmg dah ada... tapi masih draf... bukan sebenar... tapi kita boleh rujuk untuk perancangan kita... cgu download daripada web LPM ... tak tipu la...

apa kata kita tengok untuk mata pelajaran akaun... 
bila? 
Hari ke 7... tak tau la berapa hb... tapi selepas subjek teras selesai... sebelum kertas sains tulen... [Add Maths/Fizik/Kimia/Bio] .. bagi sekolah cgu...
mudahan ada waktu senggang beberapa hari sebelum kertas sains tulen ... kalau tak silap hari ke 8 Matematik Tambahan ... boleh kita pulun ...

sama macam tahun ni... Bahasa Arab kertas 2 petang hari yang sama dengan Prinsip Perakaunan ... no komen la cgu... sbb tu adanya draf... fikir masak2... cgu yakin pelajar yang ambil bahasa arab selalunya boleh terima dengan tenang dan yakin boleh hadapinya dengan cemerlang... inshaallah ... kita doa la juga mana tau untuk jadual yg sebenar ada perubahan kan... yg penting kita usaha... amiin..

Klik link bawah ni untuk dapatkan draf penuh ...


************


Friday, January 1, 2016

Huraian Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan 2016


Salam kasih sayang...

saya kongsikan huraian sukatan pelajaran tingkatan 4 dan 5 Prinsip Perakaunan dan lain-lain berkaitan untuk rujukan penyediaan buku rekod mengajar bagi tahun 2016.. 
kalendar utk rujukan sendiri pun ada..

Jom dapatkan di sini... 
klik link ni ya ...




Good Bye 2015 ... Welcome 2016 !!!

assalamualaikum dan Salam kasih sayang...

buat semua keluarga, sahabat handai, anak didik dan yang mengenali diri ini...
alhamdulillah .... berakhir 2015 dengan pelbagai kisah gembira, duka, tawa dan riang..
ada beberapa yang cgu nak kongsikan di sini...

kisah 1 - "-12kg"
apa tu? bermula akhir tahun 2014... nekad nak turunkan berat badan.. penat beli ubat kurus sana sini tapi hasilnya sama je... mgkn salah diri sendiri yang tidak berdisiplin. akhirnya hujung tahun, awal Dis 2014 mulakan azam baru... sbb dah tak larat rasa badan terlalu berat...  cgu berjaya lakukan dengan pengurangan 12kg (terkini pada tarikh ini) ... alhamdulillah sakit yang ditanggung makin berkurangan... kl tgk mmg la x nmpk kurus sangat tp badan ni blh rasa lebih ringan, longgar2 dan rasa seronok.. yg penting sihat.. itu yg cgu nak. Allah izinkannya... 
Ramai yang tertanya apa yang cgu buat... cgu kongsikan apa yg dibuat...

2 minggu pertama (Dis 2014) x silap cgu hingga krismas... mmg tak makan nasi langsung... ikut Diet Atkin betul2.. mmg hari pertama dan kedua... tak tau la nk kata.. tapi kuatkan semangat.. gagahkan juga sebab mrHubby dan anak2 mmg sokong 100%.. alhamdulillah berjaya...

selepas 2 minggu tu... bincang dgn mrHubby nak buat yang sama atau sebaliknya... baca blog sana sini pasal nak turunkan berat ni... akhirnya putuskan tak nak makan nasi langsung... YES! berjaya mmg tak makan nasi tapi makan karbo yang lain dengan kadar minima... berjaya sehingga bulan Ogos 2015... 

Selepas bulan Ogos 2015... berani makan nasi tapi beras Basmathi King je sbb kanji xde kan... sampaila hari ini... itu pun pada awalnya makan hanya sekali sehari... lepas terjumpa satu artikel nak kurus makan je nasi... belajar sesuatu daripada situ... follow je apa yang ditulis tu.. mmg betul... alhamdulillah .. berjaya...

bagi cgu x kisahla turun berapa kg sekali pun yang penting rasa badan sedap.. sihat .. itu yang penting dan seronok nak jalani kehidupan seharian dari sehari ke sehari... mmg terkejut bila timbang turun sikit demi sikit... 

sangat terkejut bila cuti sekolah ni cgu sakit... mendadak turun hingga 4 kg... Allah uji lagi sekali ... alhamdulillah berbekalkan ilmu minda yang ada... cuba mempositifkan diri dari hari ke hari ... alhamdulillah kini pulih untuk memulakan kehidupan 2016 dengan ceria bahagia dan gembira... 

Harap rakan-rakan yang bertanya ... puas hati dengan jawapan cgu ni... macamana boleh turunkan berat badan 12kg.. makan setahun tu... sabar lah... mmg lama sebabnya lemak tepu tu banyak sangat dah... cgu syukur sangat.. sekurang2nya turun gak... sebelum ni nak turun 5kg pun susah... 

Azam 2016 .. nak turun lagi dapatkan berat badan yang ideal ... ??? 

kisah 2 - sakit lagi....



sentiasa diberi ujian... cgu yakin dan percaya ada hikmah disebalik semua ni... memang serah bulat2 kepada Dia... ada kawan kata sebab cuti tak keje sebab tu sakit.. sebabnya kalau keje cgu mmg sihat je... hahahaha... yo la tu.. 

apapun terima kasih kepada Dr Sofea... Klinik Sofea di Puchong Utama... mmg best rawatan yang diberi ... 3 tahun lebih menderita gak sakit ni alhamdulillah baik dah... moga Allah izinkan untuk sembuh sepenuhnya... 
agar 2016 lebih sihat ceria gembira dan bahagia.... 

2 kisah je la... cerita 2015 mmg banyak ... kl citer mmg berjela2... tak pe la ... dua ni je la yang memberikan memori terindah buat cgu...

buat semua ... 
moga tahun 2016 ... memberikan satu semangat baru untuk kita semua terus berjaya dunia dan akhirat ... 

* tahun ni nak mulakan 'berblog' semula... celotehnya bermula di sini hari ini... doakan ya ... ameen


Permulaan Sesi Akademik 2022/2023