Monday, March 9, 2015

PERMOHONAN SIJIL LCCI CALON SPM 2014

Assalamualaikum dan salam kasih sayang
Sekadar perkongsian berkaitan dengan permohonan sijil LCCI bagi calon SPM 2014. Bagi calon SPM 2013 ke bawah ... tak sama dengan yang ini ya... rujuk web LCCI ya..

Boleh mohon dengan print borang ini ya...
cikgu share kan di sini makluman terkini yang diterima daripada rakan cgu, cgu Salwa Mohd Sarif.. tq cgu. Sbb cgu dah terima borang yg awal adalah ada perbezaan dengan yang terkini...

"Maklum balas daripada pegawai LCCI berhubung isu RM26.50.
Wsalam Cikgu,
Bayaran untuk permohonan sijil LCCI bermula SPM 2014 adalah RM26.50. (RM25.00 + RM1.50 (GST)). Hal ini disebabkan semua permohonan untuk batch yang pertama akan diproses dalam bulan Mei (kerana tarikh tutup permohonan untuk batch pertama adalah 30 April). Oleh demikian, semua permohonan, termasuk permohonan yang dibuat dalam bulan Mac 2014 akan dikenakan GST. Hal ini adalah berdasarkan nasihat dan saranan dari pihak Jabatan Kewangan Pearson LCCI.
Kami memohon maaf diatas kekeliruan ini kerana pihak kami sendiri baru menerima arahan ini, sedangkan keputusan SPM 2014 telahpun diumumkan dan borang LCCI telah pun diedarkan. Borang yang baru hanya boleh didapati melalui link dibawah dan juga melalui laman Facebook LCCI Asia.

Sekali lagi saya memohon maaf bagi pihak pihak Pearson LCCI.
Terima kasih.
Hisyam Md. Suhaimi
Key Account Manager
Pearson Dutch Lady Malaysia"

**Info dr LCCI:
Pelajar boleh bank in menerusi Akaun Maybank utk bayaran RM 26.50
Lepas tu sertakan (attach) je slip dgn borang permohonan.
Kat bawah ni no akaun LCCI .
5141 87354949 (Maybank)
LCCI international.... ( mcm dlm borang ) 
Sbrg pertanyaan blh call LCCI KL
03 2289 7000

harapan info ini membantu kepada semua... :)








Wednesday, March 4, 2015

Keputusan SPM 2014

assalamualaikum dan salam kasih sayang...

baru sempat nk share2... seharian agk sibuk dgn keje2 analisis peperiksaan... baru siap td.. tu pun ada lg yg msh perlu dimurnikan. esok ada masa lg. 

ptg td blk mmg sgt penat.. cuaca panas sakit kepala... lbh baik rehat dulu.. alhamdulillah suami sentiasa memahami dan menyokong segala apa yg nk dibuat.. 😘😘😘

Debaran mmg ada. tipula kl xde. wpun dh dengar desas desus tp tu la selagi x dpt hitam putih mmg xkn puas... bersama dgn pengetua dan su spm g amk result di jpwpp. bila pengumuman dibuat mmg ada satu kejutan... apapun msh lg memuaskan... kita dah rancang.. namun perancangan Dia adlh yg terbaik. 

apapun cgu tetap dgn pendirian cgu ranking bukan segalanya.. 
ni je yg sempat nk amk.. smpi terlupa nk bergambar2 dgn yg lain.. kl ada pun guna kamera ank murid... 😄

keputusan akaun kali ni alhamdulillah ada peningkatan 0.09 dr tahun sebelumnya... syukur alhamdulillah... ETR mmg x capai tapi cgu puas hati... NO CDE.. apa yg penting guna ilmu ni dlm kehidupan seharian... ke hadapan itu lbh penting.. biarlah dgn apa yg kita peroleh hari ini.. yakin dan percaya dgn rezeki yg kita akan peroleh seterusnya. 

buat anak2 didik cgu .. tahniah atas kejayaan masing2... terimalah keputusan masing2 dgn hati yg terbuka. 😄



Permulaan Sesi Akademik 2022/2023