Dr. Ismail Zain (depan, empat dari kiri) bersama para peserta Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang juga warga pendidik Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya yang terlibat menyertai program pendedahan mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di sekolah itu, baru-baru ini.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan satu satu elemen yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) selain merupakan salah satu ciri-ciri pembelajaran Abad Ke-21.
Ia seiring dengan keperluan sistem pembelajaran negara pada masa ini yang menitikberatkan elemen tersebut malah dalam sistem penilaian di mana KBAT menjadi fokus terhadap pembinaan item soalan.
Menyedari hakikat ini, pihak pentadbiran Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya telah mengambil inisiatif mengadakan program latihan pendedahan KBAT kepada semua guru-gurunya melalui Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).
Ia dibimbing bekas Pensyarah Cemerlang Gred Khas Jusa B Institut Pendidikan Guru, (IPG) Ipoh yang juga merupakan penasihat Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain.
Menurut Dr. Ismail, KBAT bukan hanya difokuskan pada pembinaan soalan semata-mata tetapi ia melibatkan keseluruhan proses pembelajaran dan pengajaran itu sendiri.
“Soalan-soalan KBAT tidak sepatutnya diulang sepertimana yang berlaku pada soalan yang bercorak tradisional tetapi harus mempunyai ciri-cirinya sendiri yang berasaskan konsep KBAT.
“Oleh itu, murid tidak sepatututnya ‘menjangka’ apakah bentuk soalan yang akan keluar sepertimana yang berlaku terhadap bentuk soalan tradisional, tetapi memikir dan mengkaji setiap sudut perspektif berpandukan aras-aras pemikiran yang dicadangkan oleh Blooms,’’ katanya.
Mengenai penganjuran program latihan pendedahan KBAT dengan pihak SAS, ia memberi pendedahan kepada guru mengenai konsep KBAT yang mudah dan konsep asas mengenainya termasuk kaitannya dengan proses pembelajaran.
Sementara itu, Pengetua SAS, Haidzir Hussin berkata, KBAT perlu dihayati oleh guru dan ianya merupakan elemen penting yang harus diberi perhatian yang utama dan diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
“Melalui program ini segala aktiviti dan penerangan yang diberikan oleh Dr. Ismail amat membantu dan merupakan satu bentuk nilai tambah ilmu dan kemahiran buat guru-guru dalam proses melaksanakan KBAT,’’ katanya.
Bagi guru kanan Kemanusiaan dan guru mata pelajaran Geografi, Masni Khamis, menganggap program itu mampu membantunya mencungkil kreativiti pelajar daripada perspektif yang berbeza.
“Kursus yang sangat berinformasi, sangat bermanfaat kepada guru malah lebih baik dijalankan secara berkala sebagai peneguhan kepada input sedia ada,’’ katanya.
Guru kanan Matematik dan Sains, Zaini Razak berkata, KBAT sepatutnya digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran kerana dapat memahirkan pelajar berfikir lebih jauh dan berpandangan luas atau luar dari kotak.
Beliau yang mengajar mata pelajaran Biologi berkata, program itu membantu melahirkan pelajar yang pintar dan berpengetahuan luas.Selain itu, kata Ketua Panitia Matematik, Norasiah Ambia, program itu sangat bermanfaat dalam memberi pemahaman sebenar berkaitan KBAT kerana elemennya sangat penting dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi membolehkan para pelajar bersaing di peringkat global.
Program tersebut direka dalam bentuk khas berkatian dengan pengaplikasian KBAT dalam kalangan guru iaitu P.E.N.D.I.T.A (Program Enhancing, Developing, Improving, Integrative Teaching Abilities) - Program untuk Peningkatan, Pembangunan & Penambahbaikan Kebolehan- Kebolehan Pengajaran Secara Integratif.
Manakala Ke.M.A.S (Knowledge Management & Application Skills) – Mengurus Pengetahuan & Aplikasi Kemahiran – model khas untuk murid menggunakan pengetahuan dan mengapliaksi kemahiran terutama KBAT dalam proses pembelajaran terutama mereka yang terlibat dalam kerja projek PT3. Hubungi 019-5713745 atau layari www.tutor.com.my/motivasi untuk maklumat lanjut.
*****************************
Pelaksanaan PdP dalam dan luar bilik darjah ... guru hanya sebagai fasilitator ... :)
sekadar perkongsian pelaksanaan PdP minggu ke 2 hingga 4.... :)
mesti latih anak murid supaya berfikir... kemahiran berfikir aras tinggi... apa lagi aktiviti nak buat ya... :):):)
No comments:
Post a Comment