Monday, January 26, 2015

2015 ... tahun seterusnya ... :)

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang...

Lama gak cgu tak pok pek pok pek dalam blog ni... malam ni terdetik nak update blog ni... banyak perkara yang nak dikongsikan bersama... hanya untuk satu tujuan ... ilmu ni diperpanjangkan kepada yang memerlukan...

banyak komen yang cgu tak balas cgu minta maaf ... mmg kekangan kerja... jadi terpaksa lah tak ber blogging macam dolu2... huhu...
rasa tahun ni nak aktifkan lagi blog ni... tahun ni cgu nak fokus dengan bahan2 yang baru untuk rujukan sama2... azam baru tahun ni... :)

Kepada semua yang baru naik ke Tingkatan 5, tahniah cgu ucapkan... teruskan dengan kecemerlangan. Jangan putus asa mempelajari ilmu ini. Doa sentiasa moga dipermudahkan segala apa yang dipelajari. Silibus tingkatan 5 mudah dipelajari... walau bagaimanapun kesinambungan daripada tingkatan 4 itu tetap ada...

Tahniah juga kepada pelajar tingkatan 4 yang terpilih masuk ke dalam kelas Prinsip Perakaunan. mungkin bagi mereka yang tidak ambil KH pilihan 4, subjek ini adalah perkara baru yang dipelajari. Sebaliknya dengan pelajar yg dah ambil KH pilihan 4, asas simpan kira tu dah ada... bagi mereka yang berada di tingkatan 4 teruskan minat untuk mempelajari ilmu ini... betapa indah nya ilmu ni sebenarnya... fahamkan betul2 konsep nya.. semuanya dipelajari semasa tingkatan 4.

Terapkan sentiasa dalam diri... 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan... akaun dan perniagaan x boleh dipisahkan... cuba fahami apa maksud ni... Masyaallah... indahnya... cintai guru yg mengajar, cintai ilmu yang diberi... inshaallah ilmu diberkati... :)

Hari ni cgu nak kongsi sukatan dan rancangan pengajaran bagi Prinsip Perakaunan dan KH untuk tahun ni... walaupun lambat cgu upload tetapi ianya boleh digunakan sebagai rujukan sebelum masuk ke dalam kelas. Sekurang2nya boleh tau apa yang akan dipelajari untuk topik tersebut.... 

Download la ... PERCUMA je...

kita jumpa lagi sat ye... :)








No comments:

Post a Comment

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023