Blog ini ditujukan khas kepada pelajar-pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan 5 sebagai rujukan khususnya pelajar-pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
tinggal beberapa jam je lagi... esok 19 Nov 2015 berakhirnya penantian utk tahun 2015. Sekejapnya kan.. 😀
Pesanan akhir cgu buat semua .. hadapi hari esok dengan senyuman.. Moga Allah izin kan utk kita capai apa yg kita inginkan..
Ingat!!!
1. kertas 2 - jwb bahagian B dulu.. pilih soalan yg paling boleh dibuat.. selesai bah B baru jawab bahagian A.. setiap soalan dijawab dlm helaian yg baru.. nmpk kemas... ingat selalu pesan cgu.. biar kita mudahkan orang.. inshaallah kita juga akan lebih mudah kan.. Mudah apa.. Dapat A+... amin 😀
tengok semula satu per satu soalan yg pernah dijawab ya..
2. kertas 1- lihat kata kunci.. baca soalan dengan betul.. semak berulang kali..
3. Bila dapat soalan KBAT apa nak buat?
1. tengok perniagaan apa?
2. tempoh perakaunan?
3. bentuk soalan?
ingat semula apa yg kita telah belajar dlm topik tu dan cb keluarkan maklumat yg ada utk jawab berdasarkan konsep asas akaun 'badleh' / magic hand... 😘
4. jawab guna pen.. pensel boleh dipadam tapi pen sukar dipadam. jika salah potong je. potong x hilang markah.. malah jika betul dapat markah lagi 😀
buat semua yg pernah cgu jumpa.. selamat maju jaya.. guna la segala apa yg telah diberikan sehabis baik.. ni la masanya nak luahkan apa yg terpendam dlm akaun kan. jawablah dengan segala pengetahuan yg ada. guna masa sehabis baik. kl blh tahan tak ke toilet x yh g.. buatlah smpi siap ya..💪💪💪
doa cgu moga uol dpat jawab dgn tenang dan berikan jawapan yg terbaik dan tepat.. cgu mohon ampun dan maaf atas salah silap jika ada kekurangan dan apa jua yg disedari atau tanpa disedari. tiada apa yg hendak disimpan dlm hati.. cgu maafkan apa jua salah silap.. moga uol dapat capai apa yg diimpikan.. A+!!!
lama nya tak buka blog ni... sorry la ya... cgu mmg sibuk dengan keje2 tanggungjawab yang dipikul... mmg tanpa sedar... tanpa rasa apa2... haha
ok la .. SPM lagi beberapa hari je ni... kalau ikutkan genap sebulan daripada tarikh hari ini 0210 - 0211... ada masa lagi untuk kita mulakan dan teruskan momentum yang dah ada... teruskan teruskan teruskan... KBAT???? set minda masing2 kbat aku boleh buat... paling penting 'senyum' ... senyum itu membahagiakan... percaya la!!!
strategi seterusnya... murnikan pemahaman konsep untuk membantu jawab soalan kbat atau soalan yang uol rasa macam kbat... (tak pernah jumpa pun bentuk soalan tu)...
dalam masa bbrp hari nak menjelang ke 19 November ni... jawab la soalan2 percubaan spm yang ada... g laman web cikgu Narzuki ada byk soalan percubaan tahun ni... kalau boleh jawab semua soalan negeri yang ada tu...
cgu lampirkan bersama analisis yang telah cgu buat untuk rujukan bersama...
Sekadar perkongsian berkaitan dengan permohonan sijil LCCI bagi calon SPM 2014. Bagi calon SPM 2013 ke bawah ... tak sama dengan yang ini ya... rujuk web LCCI ya..
cikgu share kan di sini makluman terkini yang diterima daripada rakan cgu, cgu Salwa Mohd Sarif.. tq cgu. Sbb cgu dah terima borang yg awal adalah ada perbezaan dengan yang terkini...
"Maklum balas daripada pegawai LCCI berhubung isu RM26.50.
Wsalam Cikgu,
Bayaran untuk permohonan sijil LCCI bermula SPM 2014 adalah RM26.50. (RM25.00 + RM1.50 (GST)). Hal ini disebabkan semua permohonan untuk batch yang pertama akan diproses dalam bulan Mei (kerana tarikh tutup permohonan untuk batch pertama adalah 30 April). Oleh demikian, semua permohonan, termasuk permohonan yang dibuat dalam bulan Mac 2014 akan dikenakan GST. Hal ini adalah berdasarkan nasihat dan saranan dari pihak Jabatan Kewangan Pearson LCCI.
Kami memohon maaf diatas kekeliruan ini kerana pihak kami sendiri baru menerima arahan ini, sedangkan keputusan SPM 2014 telahpun diumumkan dan borang LCCI telah pun diedarkan. Borang yang baru hanya boleh didapati melalui link dibawah dan juga melalui laman Facebook LCCI Asia.
Sekali lagi saya memohon maaf bagi pihak pihak Pearson LCCI. Terima kasih.
baru sempat nk share2... seharian agk sibuk dgn keje2 analisis peperiksaan... baru siap td.. tu pun ada lg yg msh perlu dimurnikan. esok ada masa lg.
ptg td blk mmg sgt penat.. cuaca panas sakit kepala... lbh baik rehat dulu.. alhamdulillah suami sentiasa memahami dan menyokong segala apa yg nk dibuat.. 😘😘😘
Debaran mmg ada. tipula kl xde. wpun dh dengar desas desus tp tu la selagi x dpt hitam putih mmg xkn puas... bersama dgn pengetua dan su spm g amk result di jpwpp. bila pengumuman dibuat mmg ada satu kejutan... apapun msh lg memuaskan... kita dah rancang.. namun perancangan Dia adlh yg terbaik.
apapun cgu tetap dgn pendirian cgu ranking bukan segalanya..
ni je yg sempat nk amk.. smpi terlupa nk bergambar2 dgn yg lain.. kl ada pun guna kamera ank murid... 😄
keputusan akaun kali ni alhamdulillah ada peningkatan 0.09 dr tahun sebelumnya... syukur alhamdulillah... ETR mmg x capai tapi cgu puas hati... NO CDE.. apa yg penting guna ilmu ni dlm kehidupan seharian... ke hadapan itu lbh penting.. biarlah dgn apa yg kita peroleh hari ini.. yakin dan percaya dgn rezeki yg kita akan peroleh seterusnya.
buat anak2 didik cgu .. tahniah atas kejayaan masing2... terimalah keputusan masing2 dgn hati yg terbuka. 😄
Selamat bercuti buat semua anak2 didik cgu... seminggu cgu tak jumpa uols kan... tak jumpa bukan penghalang kita tak dapat belajar... guna kan medium apa jua yang boleh menghubungkan kita...
disebabkan cuti lama... jangan sia-siakan masa cuti ni ya... fahamkan semula apa yang perlu difahami...
TINGKATAN 5 CITA cgu dah bekalkan 'Modul Hebat Akaun Gempak 2015' ... buat m/s 1 hingga 16 (silibus tingkatan 4) hingga penyata kewangan milikan tunggal... soalan pendek2 je... nak cemerlang mesti usaha untuk berjaya ... :)
TINGKATAN 4 MAJU DAN 4 USAHA ...
cgu nak setiap orang cari gambar yang berkaitan dengan klasifikasi akaun.. aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja... buat dalam bentuk folio... rujuk dalam mana2 buku... cgu nak hasilnya diterjemahkan dalam bentuk gambar... gunakan kreativiti masing2 untuk hasilkan folio ini...
Sebarang pertanyaan boleh email or pm cgu ya... :)
Hari ni cgu dah cuti sekolah sempena tahun baru cina... ermm... walaupun cuti tapi tak dapat nak bercuti ke mana-mana sebab anak2 masih sekolah... yang penting dapat rehat kan diri sekejap dengan keje2 sekolah... bersama orang tersayang lak... :)
sekadar nak kongsi perkara yang berlaku sepanjang Februari ni ... bulan ni mmg penting sebenarnya. tapi boleh tahun ni terlewat hanya kerana kesibukan pada tarikh2 tersebut...
1102 ... tarikh ni sebenarnya ulangtahun perkahwinan ... boleh tak ingat.. sepanjang minggu ni mmg tiada di sekolah .. ada bengkel.. dlm kepala ni dok fikir keje je... bila tengok tarikh mmg terkata tarikh ni macam penting je... tapi tak boleh nak recall ... tiba2 dapat wsap ...
argk!!! baru ingat... tq buat suamiku ... En Hariss... moga pertalian ini kekal hingga akhir hayat...
1302 ... sebabkan 1102 tu blh lupa hampir setengah hari... jadi tarikh ni mmg sentiasa berjaga... nak gak jadi orang pertama wish... hari ni birthday hubby cgu... moga sihat sejahtera dan tercapai apa yang diimpikan...
1402 ... hari yang dinanti dah tiba... program perkongsian bersama guru-guru akaun ... sekadar perkongsian sekadar suka2 sebab ada permintaan... terima kasih kepada rakan2 yang berminat untuk hadir ... moga perkongsian ini membawa satu harapan yang gemilang buat kita dan anak2 didik kita... saya sendiri sentiasa belajar dan terus akan belajar untuk pastikan setiap anak didik saya berjaya dunia akhirat... biarlah ilmu yang diberi walaupun 1% dapat diingati dan digunakan sampai bila2... ikutkan tarikh ni hari kekasih ... kita jadikan hari ni hari kekasih gak tetapi kekasih ku akaun... iloveakaun ... :)
teringat masa mula mengajar... mmg tak tau apa2... kena buka buku sentiasa untuk dapatkan cara apa yang perlu diajar, tak serik2 bertanya dengan rakan2 senior... sangat akui pengalaman mengajar seseorang itu penting... sebab tu cgu sangat hormat guru-guru lama... pengalaman tak dapat dipertikaikan... hingga kini cgu pantang jumpa sifu2 untuk belajar sesuatu... mana-mana guru yang baru nak mengajar akaun kalau nak tanya apa2 dialu2kan... boleh je kalau nak kongsi2 apa yang ada... :)
balik daripada program bersama guru ... ke padang petanque lak... tahun ni satu peningkatan... alhamdulillah... walaupun SAS tak dapat wakil ke kebangsaan tapi cgu puas hati sebab satu peningkatan yang sangat baik. berlatih hanya sekali je hari jumaat jam 3 hg 6.30 petang di padang petanque KPT Presint 5... moga tahun ni usaha kami naiktaraf padang dapat dilaksanakan.
Tahniah buat pasukan petanque Team SAS A mendapat tempat ketiga .... dan Team SAS B tempat keempat... di akhir perlawanan mmg antara SAS A dan SAS B... berlawan adik beradik...
ikut kan tarikh 1402 ni gak merentas desa ... nampak meriah tahun ni ... tapi cgu tak dapat turut serta kerana program2 yang cgu cerita kat atas tu la... apapun tak pe... HALIMI tetap gemilang... tahniah buat halimi.... teruskan perjuangan sihat kita... biar orang buat jangan kita yang buat... :)
daripada suka sangat online cari macam2 perkara... jom cuba jawab soalan2 SPM dan soalan percubaan SPM tahun2 sebelumnya dalam web sifu cgu... cuba jawab soalan2 ni berulang2 kali...
cgu yakin 100% SPM mesti A+... nak kan A+? kalau nak jawab kuiz2 ni berulangkali ... smartphone ada kan ... :)
Kasihkan Rasulullah membawa ke syurga... Muaz Hassan Ad-Dimasyqu
Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan lagi utk cgu menghadiri majlis ilmu agama yg dianjurkan oleh sekolah. Pengisian rohani... 💕💕💕
Nak tunjukkan rasa cinta kepada Rasullullah...
"org yg bukan islam membuat kajian tentang peribadi Rasullullah dan kehidupannya. tetapi malangnya umat islam sendiri yg tidak mengenali sirah nabi bahkan ada kalangan mereka yang meremehkan sunnah baginda dan meninggalkannya... fikir2kan lah..
mengapa menyambut Maulidur Rasul???
1. taqlid/ikutan
2. adat melayu
3. cintakan rasul
adakah kita benar2 menjadi umat Nabi?
siapakah idola kita????
adakah sunnah nabi sudah dilaksanakan di dalam kehidupan kita seharian?
terkesima .. blh dihitung dgn jari.. masih ada yg kosong.. moga selepas ini akan jadi lebih baik.. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
buat amalan disukai nabi... jaga pelihara dan raikan anak yatim, beri makan org yg susah, bantu org kesempitan, sampaikan hajat muslimin, menasihati org yg lupa, hindari perkara yg nabi benci-syirik, menentang sunnahnya, berbohong atas namanya.
berdoa
mendampingi penggantinya
menyampaikan dari nabi kepada orang lain
Jadikan lah Nabi saw sebagai idola kita..
nabi tidak pernah makan yg disembelih oleh org kafir...
nabi tidak pernah minum arak
nabi tidak pernah berbohong, berkata kasar dan bercakap yg tidak elok
Dr. Ismail Zain (depan, empat dari kiri) bersama para peserta Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang juga warga pendidik Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya yang terlibat menyertai program pendedahan mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di sekolah itu, baru-baru ini.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan satu satu elemen yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) selain merupakan salah satu ciri-ciri pembelajaran Abad Ke-21.
Ia seiring dengan keperluan sistem pembelajaran negara pada masa ini yang menitikberatkan elemen tersebut malah dalam sistem penilaian di mana KBAT menjadi fokus terhadap pembinaan item soalan.
Menyedari hakikat ini, pihak pentadbiran Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya telah mengambil inisiatif mengadakan program latihan pendedahan KBAT kepada semua guru-gurunya melalui Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).
Ia dibimbing bekas Pensyarah Cemerlang Gred Khas Jusa B Institut Pendidikan Guru, (IPG) Ipoh yang juga merupakan penasihat Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain.
Menurut Dr. Ismail, KBAT bukan hanya difokuskan pada pembinaan soalan semata-mata tetapi ia melibatkan keseluruhan proses pembelajaran dan pengajaran itu sendiri.
“Soalan-soalan KBAT tidak sepatutnya diulang sepertimana yang berlaku pada soalan yang bercorak tradisional tetapi harus mempunyai ciri-cirinya sendiri yang berasaskan konsep KBAT.
“Oleh itu, murid tidak sepatututnya ‘menjangka’ apakah bentuk soalan yang akan keluar sepertimana yang berlaku terhadap bentuk soalan tradisional, tetapi memikir dan mengkaji setiap sudut perspektif berpandukan aras-aras pemikiran yang dicadangkan oleh Blooms,’’ katanya.
Mengenai penganjuran program latihan pendedahan KBAT dengan pihak SAS, ia memberi pendedahan kepada guru mengenai konsep KBAT yang mudah dan konsep asas mengenainya termasuk kaitannya dengan proses pembelajaran.
Sementara itu, Pengetua SAS, Haidzir Hussin berkata, KBAT perlu dihayati oleh guru dan ianya merupakan elemen penting yang harus diberi perhatian yang utama dan diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
“Melalui program ini segala aktiviti dan penerangan yang diberikan oleh Dr. Ismail amat membantu dan merupakan satu bentuk nilai tambah ilmu dan kemahiran buat guru-guru dalam proses melaksanakan KBAT,’’ katanya.
Bagi guru kanan Kemanusiaan dan guru mata pelajaran Geografi, Masni Khamis, menganggap program itu mampu membantunya mencungkil kreativiti pelajar daripada perspektif yang berbeza.
“Kursus yang sangat berinformasi, sangat bermanfaat kepada guru malah lebih baik dijalankan secara berkala sebagai peneguhan kepada input sedia ada,’’ katanya.
Guru kanan Matematik dan Sains, Zaini Razak berkata, KBAT sepatutnya digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran kerana dapat memahirkan pelajar berfikir lebih jauh dan berpandangan luas atau luar dari kotak.
Beliau yang mengajar mata pelajaran Biologi berkata, program itu membantu melahirkan pelajar yang pintar dan berpengetahuan luas.Selain itu, kata Ketua Panitia Matematik, Norasiah Ambia, program itu sangat bermanfaat dalam memberi pemahaman sebenar berkaitan KBAT kerana elemennya sangat penting dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi membolehkan para pelajar bersaing di peringkat global.
Program tersebut direka dalam bentuk khas berkatian dengan pengaplikasian KBAT dalam kalangan guru iaitu P.E.N.D.I.T.A (Program Enhancing, Developing, Improving, Integrative Teaching Abilities) - Program untuk Peningkatan, Pembangunan & Penambahbaikan Kebolehan- Kebolehan Pengajaran Secara Integratif.
Manakala Ke.M.A.S (Knowledge Management & Application Skills) – Mengurus Pengetahuan & Aplikasi Kemahiran – model khas untuk murid menggunakan pengetahuan dan mengapliaksi kemahiran terutama KBAT dalam proses pembelajaran terutama mereka yang terlibat dalam kerja projek PT3. Hubungi 019-5713745 atau layari www.tutor.com.my/motivasi untuk maklumat lanjut.
*****************************
Pelaksanaan PdP dalam dan luar bilik darjah ... guru hanya sebagai fasilitator ... :)
sekadar perkongsian pelaksanaan PdP minggu ke 2 hingga 4.... :)
mesti latih anak murid supaya berfikir... kemahiran berfikir aras tinggi... apa lagi aktiviti nak buat ya... :):):)
Lama gak cgu tak pok pek pok pek dalam blog ni... malam ni terdetik nak update blog ni... banyak perkara yang nak dikongsikan bersama... hanya untuk satu tujuan ... ilmu ni diperpanjangkan kepada yang memerlukan...
banyak komen yang cgu tak balas cgu minta maaf ... mmg kekangan kerja... jadi terpaksa lah tak ber blogging macam dolu2... huhu...
rasa tahun ni nak aktifkan lagi blog ni... tahun ni cgu nak fokus dengan bahan2 yang baru untuk rujukan sama2... azam baru tahun ni... :)
Kepada semua yang baru naik ke Tingkatan 5, tahniah cgu ucapkan... teruskan dengan kecemerlangan. Jangan putus asa mempelajari ilmu ini. Doa sentiasa moga dipermudahkan segala apa yang dipelajari. Silibus tingkatan 5 mudah dipelajari... walau bagaimanapun kesinambungan daripada tingkatan 4 itu tetap ada...
Tahniah juga kepada pelajar tingkatan 4 yang terpilih masuk ke dalam kelas Prinsip Perakaunan. mungkin bagi mereka yang tidak ambil KH pilihan 4, subjek ini adalah perkara baru yang dipelajari. Sebaliknya dengan pelajar yg dah ambil KH pilihan 4, asas simpan kira tu dah ada... bagi mereka yang berada di tingkatan 4 teruskan minat untuk mempelajari ilmu ini... betapa indah nya ilmu ni sebenarnya... fahamkan betul2 konsep nya.. semuanya dipelajari semasa tingkatan 4.
Terapkan sentiasa dalam diri... 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan... akaun dan perniagaan x boleh dipisahkan... cuba fahami apa maksud ni... Masyaallah... indahnya... cintai guru yg mengajar, cintai ilmu yang diberi... inshaallah ilmu diberkati... :)
Hari ni cgu nak kongsi sukatan dan rancangan pengajaran bagi Prinsip Perakaunan dan KH untuk tahun ni... walaupun lambat cgu upload tetapi ianya boleh digunakan sebagai rujukan sebelum masuk ke dalam kelas. Sekurang2nya boleh tau apa yang akan dipelajari untuk topik tersebut....