Friday, March 29, 2013

Pencapaian ku ...

Salam Kasih Sayang...

kali ni cgu nak abadikan pencapaian sepanjang mengajar Prinsip Akaun... nak share sekurang2nya bl membantu cgu mendapatkan data bila cgu nak...

kali ni gak cgu nak share bila cgu mula mengajar ... 
2002 di SMK Pasir Puteh Kelantan... praktikal 6 bulan ... pengalaman yg sangat berharga semasa mengajar di negeri Kelantan... cgu mengajar Matematik dan Pengajian Am tingkatan 6 rendah ...best!!! ikut hati mmg nak mengajar di Kelantan.. ada keistimewaannya... :)

2003 cgu mula mengajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR) ... masa ni cgu tak mengajar Prinsip Akaun lagi tetapi mengajar Matematik ... Ketua Panitia lagi masa ni .. sekolah baru ... semuanya kita yng corakkan... dah masa tu xde lagi yg bolh jadi ketua panitia jadi cgu terpilih... termangu2 gak pada awalnya... dapat pengalaman baru...

Januari 2004 cgu berpindah ke Sekolah Alam Shah Putrajaya... kerana mengikut suami. waktu tu suami cgu sambung belajar di KLIUC dengan kerjasama UUM ... alhamdulillah pertukaran cgu diterima dan bermula lah episod baru... kerana perpindahan cgu ini dengan tawaran mengajar Prinsip Akaun... dok terfikir camner nak mengajar Prinsip Akaun waktu tu... dah lama tinggalkan... kerja mmg ada buat akaun sebelum ni tetapi keje, belajar dan mengajar mmg berbeza... dalam hati mmg macam2 fikir... tetapi teruskan juga sebab nak gak ikut suami ... ambil cabaran ini... 

memang pada awalnya mmg agak sukar sebab nak menyesuaikan diri dengan bbrp perkara baru dalam prinsip akaun... recall masa belajar dulu2 tingkatan 4 dan 5... masa ni gak mmg byk belajar dengan sesiapa sahaja... tahu je cgu tu cgu akaun mmg cgu ambil kesempatan bertanya dan belajar daripada pengalaman dia... terima kasih tak terhingga buat rakan2 guru yang banyak membantu ketika tu ... 

nak cerita panjang sangat lak kan... tak pe lah cgu pendekkan je setakat ni... hingga lah kini cgu masih mengajar di Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya (nama sekolah pun dah ditukar) ... mmg byk cabaran dan dugaan mengajar di SAS ni... kl x kuat semangat dan positif memang dah lama keluar daripada sekolah ni... alhamdulillah cabaran dan dugaan tu cgu sambut dengan penuh kesabaran... hingga kini ... alhamdulillah cgu dapat harungi dengan baik, tenang dan aman...

bak kata Pengetua cgu ... graf ni macam rel keretapi ... kejap naik kejap turun ... :)
(dalam hati cgu "alhamdulillah...kejayaan ini adalah kejayaan bersama" ) 
... selalu cgu pesan, pecah rekod peribadi secara tak langsung akan banggakan diri sendiri, ibu bapa, guru dan sekolah ... betul kan? :)

Alhamdulillah tahun ni SPM 2013 mata pelajaran Prinsip Akaun meningkat lagi... tahniah cgu ucapkan kepada semua anak2 didik cgu yang berjaya meningkatkan semula GP akaun... cgu bangga dengan u all semua... cgu sentiasa doakan u all semua berjaya dalam apa jua yang u all harungi... 

tahniah juga buat anak2 didik yang belajar bersama2 tak kira semasa tuisyen atau di akhir kelas pecutan akhir... u all mmg dah buat yang terbaik... keputusan yang diperoleh mmg milik u all.. cgu bangga dengan u all semua... 


No comments:

Post a Comment

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023