Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 1433

Salam Kasih Sayang...

Rasulullah saw bersabda :
"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang lalu telah diampuni (oleh Allah)."
- Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahih al-Buhari, Kitab al-Iman no. 38 -

Hari ini hari pertama kita semua umat Muhammad saw menunaikan kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan... Alhamdulillah cgu dapat melaksanakan nya setakat ni dengan jayanya... ;)
Harapan cgu tahun ni dapat menjadi lebih cemerlang sebagai umat Muhammad saw... buat anak-anak mama Hariss Hakim dan Hamiza Husna... moga puasa tahun ni dapat PENUH 100%... A+... 

Buat semua pembaca setia blog cgu... 
Selamat Berpuasa... moga tahun ni menggunakan masa yang ada peluang yang diberi dengan perkara2 kebaikan... jaga tingkah laku, jaga percakapan, jaga pandangan, jaga pemikiran, jaga pendengaran, dan jaga semuanya... moga tahun ni adalah tahun terbaik daripada tahun sebelumnya... 
makan kurma sentiasa... sedap... :)

moga ianya boleh dijadikan amalan seterusnya...

cgu ambil kata2 mentor cgu...
Hidup perlu ada MISI (Apa yang nak dicapai) & VISI (Kenapa mahu mencapainya)! Kerana tidak Tuhan jadikan manusia itu sia-sia melainkan kita yang mensia-siakannya! Mudah-mudahan berpuasanya kita bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi menahan diri, menahan apa yang kita fikir, rasa, cakap, dengar, lihat dan buat apa sahaja yang mengurangkan pahala dan keberkatan puasa kita! Hidup pasti mati dan mati pasti ditanya dan diberi penentuan tentang setiap apa yang kita buat hari ini! Ingatan utk diriku yg selalu lupa! Ya Allah, Kau jadikanlah kami semua ini mendapat keampunan, rahmat dan kasih sayangMu Ya Rabbi! -AzizanOsman-





Permulaan Sesi Akademik 2022/2023