Saturday, March 31, 2012

TUGASAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN TING 5 SPM 2012


Salam Kasih Sayang...

Esok 1 April 2012... sekejapnya masa berlalu kan... dah masuk bulan April. Bila bulan April maknanya tugasan Prinsip Perakaunan dah boleh mula disediakan. 

Apapun cgu nasihat kan semua pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan buatkan tugasan ni sebab... 
1. Membantu menaikkan gred peribadi keputusan SPM 2012. [terbukti keputusan SPM 2011. Pelajar yang melaksanakan Projek mendapat keputusan yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang tidak melaksanakan tugasan]
2. Mudah nak faham kitaran perakaunan.
3. Sebagai ulangkaji silibus ting 4 dan sebahagian ting 5.

sangat berguna kan... walaupun cgu dah tak ambil SPM tapi bila cgu sendiri buat cgu rasa lebih mudah nak faham Prinsip Perakaunan... dan cgu percaya... jika pelajar buat tugasan ni TANPA MENIRU pasti pelajar tersebut terus pandai dan faham konsep dalam Prinsip Perakaunan yang sebenar... :)

Boleh dapatkan soalan di sini...



panduan ni cgu sediakan untuk memudahkan anak2 didik cgu... takde la tebal sangat nak riso  kepada mereka... khusus untuk dapatkan Gred A... sebab cgu tak nak B, C, D atau E... nak A+ mesti cemerlang buat Tugasan Projek... :)

Cgu akan bincangkan berkaitan dengan tugasan ni di 

"Selamat Melaksanakan Tugasan Projek SPM 2012"

Tarikh hantar ialah 31 MEI 2012.

~ Ikhlas dan sabar dengan setiap tugasan yang diberi, membuatnya tanpa satu rungutan, pasti ganjaran yang sangat tinggi akan kita peroleh ~





BERITA BAIK!!! PENGIRAAN GAJI BARU SSM

Salam Kasih Sayang...

buka FB tengok dah ada info baru berkaitan dengan kenaikan gaji yang dimaklumkan baru2 ni oleh PM... alhamdulillah setiap persoalan sebelum ni dah terjawab... so kawan2 boleh lah kira sendiri gaji nak tau berapa kenaikan...

Alhamdulillah... cgu syukur dengan setiap pemberianNya... Amin

Nak tau lebih lanjut... Pekeliling baru telah dikeluarkan... boleh lah baca dan faham kan... sekurang2nya kita boleh nak selesaikan masalah2 yang sepatutnya...

Boleh download pekeliling di sini...


Kalau nak tau pasal pengiraan gaji... 
Buka laman web ni... klik je kat link ni... 


dah tengok dan dapat jawapan mesti puas hati kan... 

Senyum lama2... 
Bak kata Abang Bad... Senyum Tempe.... :)



PERMOHONAN SIJIL LCCI CALON SPM 2012





Untuk Calon SPM 2011 sahaja. 
Calon SPM sebelum 2011 sudah tidak layak untuk memohon Sijil LCCI. Permohonan mestilah pada tahun keputusan SPM diumumkan.

Boleh dapatkan borang di dalam blog Cg Narzuki Online...

Hantar secepat yang mungkin. Boleh buat secara online atau hantar ke sekolah. Nak mudah hantar sendiri je sebenarnya. Sian cikgu sibuk kat sekolah tu. Macam2 kerja yang datang. 

Kepada anak2 murid cgu... boleh hantar borang kepada cgu sebelum atau pada 15 APRIL 2012... kalau boleh masa MAC ni bawa terus borang yang lengkap... senang kan cgu ye... Selepas 15 April 2012 cgu dah tak nak layan sebarang permohonan. Harap maklum ye anak2...

Dokumen yang perlu disediakan :

1. Borang LCCI
2. Salinan slip keputusan (disahkan)
3. Salinan Kad Pengenalan (disahkan)
4. Wang Pos RM25 (lengkapkan butiran yang ada pada wang pos)




Monday, March 26, 2012

TAHNIAH!!! SPM 2011 SAS MENINGKAT... AKAUN?

Salam kasih sayang...

Rasanya tak terlambat untuk cgu ucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2011 atas kejayaan masing2... rekod pencapaian terbaik buat diri sendiri kan... mana yang tidak mencapai sasaran jadikan ianya sebagai satu semangat membara untuk lebih cemerlang buat masa akan datang...

Kepada anak2 didik cgu, tahniah... kejayaan yang diperolehi hari ni bakal menentukan kejayaan kita seterusnya jika kita pandai menggunakan ilmu yang kita pelajari ke jalan benar dan diredhai. :)

Alhamdulillah GP akaun sekolah pun meningkat kepada 0.92... terima kasih semua 5b dan 5c..  u all memang best... ingat pesan cgu selalu ye... tahniah 5b 100% A... ;)

Thursday, March 15, 2012

21 MAC 2012 ... Pengumuman Keputusan SPM 2011

Salam Kasih Sayang...

Pejam celik sekejap nya masa berlalu... lagi beberapa hari je SPM 2011 akan diumumkan... Doa cgu moga tahun ni memihak kepada kita... semua cemerlang 10A+ ... 

bila tengok gambar2 terjumpa lak gambar di hari peperiksaan akaun 2011... persediaan terakhir di Surau SAS... cgu bangga dengan semua anak didik cgu... mengajar kalian adalah satu yang sangat berharga... 
cgu sayang semua... 

 tq Azzam... sentiasa memberi sokongan positif kpd cgu dan SAS... ;)

 seronok tengok gelagat masing2... 

di akhir2... sebelum menunaikan solat hajat bersama2...

Ya Allah Ya Rasulullah... aku mohon kepada Mu, berilah kejayaan cemerlang SPM 10A+ kepada semua anak2 didik ku... amin...

Ops! Bila dah dapat result nanti jumpa cgu ye... bgtau berita gembira masing2... 



Saturday, March 10, 2012

SELAMAT BERCUTI ...

Salam Kasih Sayang...

Hari ni hari pertama bercuti... memang seronok... sekurang2nya rehat sekejap daripada memikirkan hal2 kerja... hari ni juga rasa sungguh bahagia dan gembira... setiap doa dan kesabaran cgu selama ni Allah makbulkan... Ya Allah... aku bersyukur dengan setiap kurniaan Mu terhadap ku... "Power of Gratitude"... ;)

Happy holiday to all my beloved stud...

Kerja rumah... 4B dan 4C ... ulangkaji semula topik2 yang masih belum difahami dengan jelas dan tepat... baca lah mana2 buku yang ada berkitan dengan akaun SPM...

5B ... cgu masih tidak puas hati dengan teknik penulisan jawapan semasa Ujian 1... bab Penyata Penyesuaian Bank (PPB)... banyakkan latihan... jadi ... cgu nak setiap seorang cari satu soalan dan jawab soalan yang dipilih dengan teknik penulisan yang betul (cara cgu ye... ) dengan menggunakan ketiga3 kaedah dalam penyediaan PPB... hantar pada hari pertama kelas akaun... ok kan? ...

Selesai dah bab kerja rumah.......................................



soalan apa jua... blh dapatkan dalam mana2 buku rujukan dan latihan... banyak di pasaran...

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023