Baru rasa boleh nak bangun. gagah kan juga diri cgu untuk coret gak sesuatu dalam blog yang dah lama sangat tak update. kuatkan semangat. percaya dengan setiap yang berlaku hari ini dan seterusnya semuanya ada sebabnya. Dia Maha Kuasa. cgu ikhlas dan pasrah.
Hari ni memang cgu dikejutkan dengan perginya cucu sedara pertama yang menjadi kebanggaan semua dalam keluarga cgu. Selepas hari ke 31... Allah lebih sayangkan Hafiy... Nenek terima dengan hati terbuka. tersentuuh sangat hati bila melihat wajah2 seorang demi seorang masa kat kampung tadi. Kelahirannya sungguh dinantikan. Banyak kali mak cgu cerita td seronok sangat sebab dah dapat cicit. buyut merasa 2 hari sentiasa bersama dengannya. mak bapak cgu puji satu per satu tentang cicitnya tu. tp semua tu sekelip mata berubah.
bapak cakap tadi jadikan ini sebagai pengajaran. mungkin ada yag Allah nk tunjuk dengan kita sekeluarga. setiap amanah yang diberi jangan sesekali kita mengeluh. terima dan cuba menjaganya dengan seikhlasnya hati kita seadanya. insyaallah Dia akan lindungi kita sentiasa. tersemat dalam sanubari.
hari ni gak... bapak cgu dah turunkan wasiat. cakap dengan cgu dan adik beradik yang lain satu per satu apa yg dia hajatkan buat masa sekarang. tersentuh hati jiwa dan perasaan. apapun semua tu urusan Dia. cgu cuba jadi anak yang terbaik selagi hayat mereka masih ada. dan cgu bersyukur mendapat seorang suami yang sangat memahami apa yang cgu sedang alami sekarang ni.
Blog ini ditujukan khas kepada pelajar-pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan 5 sebagai rujukan khususnya pelajar-pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PENGERTIAN DAN PENGELASAN ASET Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan. ...
-
Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink *********************************************************************...
-
1. TUJUAN AKAUN KAWALAN a. Memudahkan jabatan kredit memperoleh jumlah baki keseluruhan penghutang dan pemiutang. b. ...
-
Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan. Akaun berbentuk T. Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niaga Lajur but...
-
( Buku Subsidiari / Buku Catatan Asal / Buku Harian ) Terdiri daripada Jurnal, Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit. Semua urus niaga di...
No comments:
Post a Comment