Saturday, December 17, 2011

SEMINAR KERAMAT EMAS

Salam Kasih Sayang,

Seronok sangat hari ni. belajar sesuatu yang sangat berharga. terfikir sejenak kenapa dari dulu lagi cgu tak pernah nak join belajar ilmu ni. cuma tahu daripada pembacaan je. tu la xde sifu. alhamdulillah Allah gerak kan hati cgu untuk pergi menuntut ilmu emas hari ni daripada mentor cgu yang memang sahih dan tahu selok belok tentang emas. senang citer. tanya je la pasal emas mesti ada jawapannya. pengalaman 30 tahun dalam bidang emas tu... hampir sebaya la dengan umur cgu... boleh caya sangat... ;)

Tak sabar rasanya nak kongsi dengan semua pembaca blog cgu... lepas ni sapa tanya cgu nak buat pelaburan apa... jawapnnya memang simpan emas... nak beli apa semua dengan emas... so far memang cgu dah amalkan memang betul kesahihannya...

baru2 ni mentor cgu suruh closed akaun emas di Maybank... cgu buka awal tahun 2010... kira baru nak masuk 2 tahun... bila dah mentor bgtau, cgu tak ragu2... close je la akaun tu... bak kata mentor cgu... ikut je la apa yg mentor suruh buat... pasti ok... alhamdulillah memang tak rugi apa2... untung... kira boleh beli emas lagi dengan duit untung tu...(dah beli pun... invest lebih besar lagi ... alhamdulillah)

insyaallah dengan izinNya, mulai hari ni cgu akan kongsi dengan semua pasal ilmu emas... agar jangan sampai kita ditipu dan teraniaya tanpa kita sedari... 

nak tau tak mentor cgu? cgu kenalkan mentor cgu kepada semua... jom tengok video ni... lepas tu nilai la sendiri...


tqvm Puan Nadia... 

sesapa nak tanya pasal Hana Gold... tanya je cgu... insyaallah cgu akan share ilmu apa yg cgu dapat... ;)... nak beli emas? nak tempah emas? nak tukar emas? insyaallah mana yang boleh dibantu cgu akan bantu permudahkannya... harga emas ikut harga hari tu berapa... upah buat TIADA... Percayalah ini kenyataan... 

Ya Allah, terima kasih kerana menunjukkan aku satu ilmu yang sangat berharga hari ni dan moga ilmu aku perolehi ini dapat aku kongsikan kepada semua umat muhammad yang lain agar selepas ini kami akan lebih berjaya dan kaya dalam membantu diri sendiri serta orang lain yang memerlukannya.... Amin. 

Wednesday, December 7, 2011

Bye2 SPM 2011...

Alhamdulillah dah selesai...

lega rasa dah selesai untuk tahun 2011… lepas ni bersedia untuk tahun 2012…
alhamdulillah… komen pelajar2 bg cgu secara purata ok… keluar dewan senyum dan gembira… mudahan gembira sbb soalan tak membebankan sangat berbanding subjek2 yg lain... dan cgu rasa mereka gembira juga sebab dah berakhir SPM mereka... hari terakhir...

kekeliruan pelajar pada K1 no 34 dan 38… skang kita berdoa je la moga LPM akan memberikan jawapan yg terbaik utk jawapan yang u all bagi kan... mudahan dapat BONUS!!!

K2 … ada juga yg kata keliru dgn maklumat tambahan yg diberi… apapun yg cgu blh simpulkan kalau  buat semua soalan2 trial keseluruhan negeri pasti u all dapat jawap soalan SPM dengan baik… kl kita tgk soalan…
No 1 … senang… tak mengelirukan pelajar
No 2 … perkongsian … blh kata semua negeri keluarkan bab ni..
No 3 … Akaun Kawalan … pelajar komen… soalan yg paling senang antara semua soalan yg lain…
No 4 … Belanjawan tunai… rasanya bab ni yg paling pelajar suka… ada yg kata kalau keluar soalan ni mmg dapat full mark... nak kata butiran mengelirukan sangat … tak juga berbanding soalan trial penang dll
No 5 … pelarasan… rasanya ramai tak nak jawab… tp kalau buat semua soalan trial… memang senang … sama macam soalan SBP…
No 6 … bab yg mmg tak dijangka.. tp bab ni sangat senang… sebijik soalan terengganu trial spm… sapa yg cuba jawab soalan trial terengganu pasti dapat jawab dengan baik soalan ni…



Monday, December 5, 2011

Good Luck SPM 2011!!!

Salam Kasih Sayang,


Good Luck Balloon





Lagi beberapa jam je semua pelajar2 cgu akan menduduki peperiksaan awam SPM untuk tahun ni 2011.. Cgu rasa semua dah bertungkus lumus utk menghadapi hari esok dan seterusnya. Ni pun cgu baru balik daripada sekolah... belajar di saat2 akhir...


Kepada anak-anak murid yang cikgu ajar ;
  • 5B "hakim m, hakim r, amir hassan, azim, ammar yusri, luqman, luqmanul, khairul adlan, nasaie, muhaimin, hakimie, faris, farid, fadrul, syauqi, zakwan, fakhru, irfan, irfan faiz, ibenu, arif, khairan, faisal dan ilyas"
  • 5C "fairuz, shafiq, firdaus, syarizmi, hasif, azamudin, amirul hazim, amar, azim, arif, faizal, fadzil, zaki, kamal, hariz, ikmal, adham, zafri, zharif, khairul akmal, fahmi, izrul, rizwan, nizam, iqbal, syazrain, dan fuad"  
  • adik, abdul rahman, alep, syaheera, wan, afiq, erleena, nabila, fatin, luqman, afzan, faz, elly, aliff, farisyah, athirah, nik, nurul syahirah, izzati, ashmal, ali, anaz, anas, azim, iman, nazu, farah...
dan semua pelajar 1Malaysia yang akan mengambil Prinsip Perakaunan SPM hari ini... cikgu halalkan segala ilmu yang diberi... cikgu ampunkan segala salah dan silap.. doa cikgu semoga kalian semua berjaya SPM 10 A+.. Amin


ingat pesan cikgu... jawab soalan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang... senyum selalu... jaga disiplin diri... ingat Allah selalu...


kalau tiba2 blank .. tak ingat apa2.. tenangkan diri.. istighfar + baca alfatihah + selawat... dan ingat guru yang mengajar kita... insyaallah... kalau nk buat alpha.. buat je la.. yg penting kita usaha... positif... ;)












Sunday, December 4, 2011

Cikgu, soalan apa yang keluar dalam SPM?

Salam Kasih Sayang,


Tinggal beberapa jam je lagi ... berdebar menanti hari esok kan... dan rasa tak sabar untuk menanti hari esok... ramai yang tanya cgu... ada tak ramalan soalan untuk esok... cgu pun tak tahu... tp cg ada dapat gak beberapa sms soalan ramalan untuk esok... cgu blh nak kongsi... apapun pendapat cgu... kl nak A+ mesti kena pandai semua bab dari bab 1 tingkatan 4 hingga bab akhir tingkatan 5...


cgu akan share apa yg cgu dapat... cuma nasihat cgu ini hanya lah ramalan bukan kepastian..  buat lah keputusan yang bijak ..

  • ak kawalan, belanjawan tunai, pengasing UR n ak semasa, pengeluaran, pk milikan tunggal... dr johor
  • pk milikan tunggal, perkongsian, pngeluaran hg ak perdagangan, kelab tgk cth 2008, belanjawan tunai, ak kawalan mula dr bcp, pelarasan pd tarikh imbangan .. dr melaka
  • ak kawalan, PK perkongsian bermula UB, belanjawan tunai, kos pengeluaran, kelab, pk milikan tunggal



masih sempat sehingga jam 10.30 pagi esok untuk fokus dengan topik yg lemah... nak A+... nasihat cgu mesti pandai 

  1. dalam menyediakan Penyata Kewangan untuk Milikan Tunggal, Kelab dan Persatuan, Perkongsian, Pengeluaran dan Rekod Tak Lengkap. fahamkan dengan tepat cara penyediaannya yg berbeza dari segi butiran... konsep tetap sama. 
  2. pelarasan... dalam menyediakan Penyata Kewangan mesti soalan akan kaitkan pelarasan... tgk semula cara2 penulisan jawapan... fahamkan setiap pelarasan cara kiraan dan penyediaan lejar.. pindah ke penyata pendapatan dan kunci kira-kira.
  3. bab2 titik pulang modal, syarikat berhad, belanjwan tunai dan varian, tafsiran PK, syarikat berhad, penggajian dan penyata penyesuaian bank mesti buat ulangkaji dan fahamkan. kl tak masuk dalam kertas 2 pasti akan masuk kertas 1... 
  4. bab lain persamaan perakaunan, buku tunai runcit tolong jangan abaikan... mesti pandai... tengok semula buku... ;)
cgu yakin 100%... kl pandai semua topik dan faham dengan tepat kemahiran dan konsep dalam Prinsip Perakaunan pasti kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM... Betul kan?





Permulaan Sesi Akademik 2022/2023