Thursday, June 23, 2011

BENGKEL KECEMERLANGAN PRINSIP PERAKAUNAN

Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,

Hari ni seharian cgu berada di SMKPP9(1) mengendalikan satu program kecemerlangan bersama2 dengan calon SPM Prinsip Perakaunan 2011. Alhamdulillah akhirnya program ini dapat dijalankan. Rasa puas. Terima kasih kepada pihak PPWPP Pn Jamaliah Yaakob yang banyak memberi sokongan sepenuhnya dalam melaksanakan program ini. Rakan-rakan guru ; kak nor, kak midah, kak laili, kak ton, syela, fiza, fazila, wani, amira yang sentiasa menyokong dan memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan program ini.
Program dibahagikan kepada 3 perkara.. kira 3 in 1 la ni... Seminar LCCI oleh Ms Vicky Wong n En Hisham, Ceramah Cemerlang Penyata Kewangan oleh Cikgu Sila dan Bengkel Genggam Penyata dikendalikan bersama dengan Fasilitator terpilih.. banyak juga input pelajar hari ini. Harapan pelajar-pelajar mengambil peluang yang diberi ini dengan positif dan digunakan dalam meningkatkan prestasi masing2 dalam Prinsip Perakaunan... ;) .. kehadiran pun memuaskan.

Gambar-gambar sepanjang program... Jom tengok...





tahniah buat semua... doa cgu semua anak2 didik cgu mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2011... Good Luck!!!


Friday, June 3, 2011

PERKAMPUNGAN ILMU : 30 MEI 2011


Salam Kasih Sayang,
Alhamdulillah program kecemerlangan seterusnya dapat dilaksanakan pada 30 Mei 2011 (Isnin)...
Kemahiran Hidup Tingkatan 3 di Auditorium 11.00 hg 1.00 ... 
Penceramah daripada KPDNKK En Zul Al Rashid membincangkan bab Kepenggunaan... 

 Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 :  di Bilik Tutorial... masa 8.30 hg 10.30 mlm...
Kehadiran : 42/51... pelajar yg tidak hadir terlibat dengan program sekolah di Singapura dll..
Pengisian ilmu membincangkan Bab akhir iaitu Maklumat untuk Membuat Keputusan... Pengiraan dan Tafsiran Nisbah... seterusnya membincangkan Kerja Kursus Tingkatan 5 SPM...


Wednesday, June 1, 2011

Hakim Berkhatan... 01 Jun 2011

Salam Kasih Sayang...

alhamdulillah hari ni anak cgu yg sulung Hakim 7 tahun dah selamat berkhatan. tertunai dah janji selepas beberapa bulan asyik nak sunat je... pengalaman pertama cgu menjaga anak berkhatan... kelakar pun ada... takut pun ada... ;)

Terima kasih kepada Dr Sahril... Klinik Sahril di Balakong... sepanjang di klinik memang cgu seorang yg temankan anak cgu berkhatan... daddy hakim mmg tak berani.. tgk darah mesti pengsan... apa nak buat... alhamdulillah cgu ni ok je.. maklum lah pengalaman 'operation' beberapa kali menyebabkan cgu berani tengok semasa prosedur berkhatan dilaksanakan...

sepanjang prosedur dilaksanakan asyik nak tergelak je tgk gelagat Hakim... memang anak mama... berani... Dr pun cakap hakim berani... dah la badan besar... tak macam Darjah 1... ;)... hakim berani tanya dr... macam2 dia tanya... yang itu lah yang ini lah... tak menangis pun... guna Laser... memang nampak senang je... darah terus kering... kira ok la tu.. masa jahit pun dia ok lagi.. boleh tengok lagi Dr buat apa... sampai Dr dah tak kisah yang penting dia berani... hakim kena 10 jahitan... kira banyak la tu..Dr kata biasa 4 hingga 6 jahitan...hehe...

semalam di kampung buat kenduri doa selamat semoga Hakim selamat dan cepat sembuh... alhamdulillah dan buat pertama kali selepas beberapa tahun cgu tak 'rewang' tapi kali ni cgu rasa happy sangat sebab blh tolong mak cgu... cgu yakin 100% cgu dah sihat sepenuhnya... dah tak sakit lagi macam dulu... alhamdulillah...

 kenduri doa selamat...

 budaya orang jawa... nasi ambeng... kl sesapa nak buat tempahan boleh... email je cgu...

 selepas selesai bacaan doa... baru lah boleh makan.. itu pun tak makan di rumah kenduri... dibungkus dan bawa balik ke rumah masing2... namanya "berkat"
 masa menunggu... hakim giliran kedua..

 menenangkan hakim... 

 debaran penantian...

 dalam bilik prosedur... takut gak awalnya... 

 kira ok la tu... Dr suruh hakim baca alfatihah...

 alhamdulillah ... selesai... ok je..

dah selesai... ambil ubat.. dan balik ke Putrajaya....

Semoga hakim cepat sembuh... Sayang anak mama... 



Permulaan Sesi Akademik 2022/2023