Pada 12 April 2010, telah diadakan Program Profession Perakaunan bertempat di Auditorium SAS. Program ini bermula dari pukul 5 sehingga pukul 6 petang. Program ini disasarkan kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil matapelajaran prinsip perakaunan bagi SPM. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang profession perakaunan.
Pada awalnya, program ini dijangkakan bermula pada pukul 4:30 petang, namun atas alasan yang tidak dapat dielakkan pihak penceramah terlewat untuk tiba ke sekolah ini. Tepat jam 5 petang, Cik Zahidah binti Mokhtar yang merupakan Pegawai Perkhidmatan Pelajar dari Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) tiba ke sekolah ini bersama 2 orang pembantunya. Ketibaan mereka disambut oleh Puan Salehan bersama beberapa orang AJK pelajar. Mereka terus dibawa ke auditorium untuk memulakan sesi ceramah.
Sebelum memulakan sesi ceramah pada petang itu, penceramah telah memberikan edaran kepada semua pelajar. Sesi ceramah bermula dengan aktiviti membuat piramid dengan menggunakan edaran yang diberi. Setelah itu, penceramah meneruskan sesi dengan menerangkan serba sedikit tentang CIMA. Penceramah juga menerangkan tentang peperiksaan dan anugerah yang perlu diambil dan diperoleh oleh pelajar yang ingin menceburkan diri dalam bidang perakaunan bersama CIMA. Setelah selesai penerangannya, penceramah memberi peluang kepada para pelajar untuk mengemukakan sebarang soalan yang berkaitan. Para pelajar SAS aktif memberikan soalan yang bernas tentang perakaunan.
Sesi ceramah telah ditamatkan pada pukul 6:15 petang. Setelah itu, beberapa orang AJK pelajar telah mengiringi penceramah bersama pembantunya ke kafeteria bagi menikmati jamuan ringan. Kami mengambil peluang ini untuk mengemukakan soalan tentang perakaunan dengan lebih mendalam. Setelah lebih kurang 15 minit berbual, penceramah telah mengundurkan diri untuk pulang.
Banyak manfaat yang telah kami peroleh daripada program ini. Kami berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi di masa hadapan.
Yang menjalankan tugas,
Ahmad Nor Izuddin bin A Rahman
Setiausaha,
Program Profession Perakaunan,
Sekolah Sultan Alam Shah.
Blog ini ditujukan khas kepada pelajar-pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan 5 sebagai rujukan khususnya pelajar-pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PENGERTIAN DAN PENGELASAN ASET Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan. ...
-
Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink *********************************************************************...
-
1. TUJUAN AKAUN KAWALAN a. Memudahkan jabatan kredit memperoleh jumlah baki keseluruhan penghutang dan pemiutang. b. ...
-
Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan. Akaun berbentuk T. Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niaga Lajur but...
-
( Buku Subsidiari / Buku Catatan Asal / Buku Harian ) Terdiri daripada Jurnal, Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit. Semua urus niaga di...
No comments:
Post a Comment