Saturday, December 18, 2010

AFF SUZUKI CUP 2010

Salam Kasih Sayang,

Dah berlalu seharian kita meraikan kejayaan Malaysia di Semi final AFF Suzuki Cup 2010... tak pernah2 Malaysia menang alhamdulillah tahun ni kejayaan di pihak kita... cgu pun baru bangun daripada keletihan... macam la kita yg main bola... hahaha...

Terima kasih bebanyak la kat Suzuki... sebab dia yg bagi tiket free... tu pun sbb konvoi keta swift... guna gak cgu beli swift... kereta idaman... berjaya gak cgu milikinya... ;)

 ermmm... cantik kan...

pertama kali ni tangkap gambar dgn keta sendiri... ;) rasa bangga akhirnya cita2 tercapai... 
penat lelah keje... yeye

Thursday, December 9, 2010

SPM Prinsip Perakaunan 2010

Salam Kasih Sayang,

Ya Allah Ya Rasulullullah... 
aku mohon kepadaMu agar Kau lembutkan dan tenangkan hati pemeriksa-pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak2 didik ku...

ehsan, zakwan, salleh, irfan, ainul, taufik, faridzuan, iqbal, faeeq, firdaus m.nor, yazid, rafid, amir aiman, hafiz, fuad, zulhaqim, wafie, azri, firdaus maswan, alim, muzakkir, syed, hariz, afiz, hazim, nabil, farhan, fazzmal, lokman, izzudin, ahmad  nor izudin, 
muzammil, amirul amin, ai'zuddin, hakim, raqib, anuar, zamri, zulhelmi, azzam, amirul haziq, umair, aizat,hannan, azfar, ahmad, ikram, farid, azri aizat, syahir, haziq, edika, azim, iqmal, asil, hairil, akif, azhan, syafiq aiman, 
ezmir syafiq, maisarah,amira, seha, aizat, ravi, hamzah, amir, rizwan, faisal dan hakim...
mendapat keputusan yang cemerlang dalam Prinsip Perakaunan A+...
Amin.


alhamdulillah .... selesai dah tahun ni.. tahun depan dengan strategi yang baru.. Boleh tahan juga soalan tahun ni..
KERTAS 1 : "senang sangat".. ramai yang berpendapat sedemikian.. cgu sendiri kategori kan soalan memang senang.. aras 1.. mudahan ramai pelajar yang dapat menjawab dengan betul dan tepat.
KERTAS 2 :
  1. SOALAN 1 : Ada student cgu yang kata soalan mencabar. ermm.. soalan yg dah tak akan keluar lagi mulai tahun depan.. bentuk soalan perniagaan yang dah lama menjalankan perniagaan... dokumen yang sukar dikeluarkan.. Dokumen 5. (Nota Debit : caj pengangkutan dikenakan atas belian) .. jawapan : Rekod di dalam Jurnal Am... dt: Angkutan masuk dan kt: Yatee Batik Enterprise. Dokumen2 sukar dibincangkan semasa Bengkel Cemerlang Dokumen di Bilik Persada Matematik Tambahan.. ;)
  2. SOALAN 2 : Rekod Tak Lengkap : Milikan Tunggal - Kaedah Analisis... 'direct question'.. ok. nak kata butiran mengelirukan.. tak juga.. ;)... bab yang selalu cgu beri penekanan.. semoga semua anak didik cgu dapat buat dengan baik..
  3. SOALAN 3 : Pelarasan - Hutang lapuk dihapuskan tu sama maksudnya dgn hutang lapuk.. senang.. faham BADLEH dapat buat dengan baik.. ;)
  4. SOALAN 4 : Buku Tunai Runcit - soalan yang cgu target dari tahun 2004.. akhirnya keluar tahun ni.. belajar semasa tingkatan 4... berulang kali juga cgu terangkan di dalam kelas... soalan peperiksaan pertengahan tahun 2010. malam akhir tu pun cgu dah pesan tengok semula soalan2 semua peperiksaan... soalan memang senang sangat.. ;)
  5. SOALAN 5 : SYARIKAT BERHAD - keluar lagi tahun ni... ok sangat2.. malam akhir tu memang dibincangkan semula.. direct question... bentuk soalan yang selalu dibuat... ;)
  6. SOALAN 6 : Tafsiran Penyata Kewangan - formula mesti diingat dengan baik... ingat formula memang soalan ni jadi senang sangat.. sebab direct... tak de yang perlu fikir lama2.. tinggal cari jawapan sepertimana dalam formula.. cgu rasa ramai yang pilih soalan ini.. ;)
bagi cgu.. soalan tahun ni lebih mudah berbanding soalan sebelumnya.. sebab dalam koleksi soalan trial SPM 2010 lengkap semua bab yang keluar tahun ni ada dalam koleksi tersebut.. cgu dah pesan dalam post sebelum ini..

( "TIPS PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2010.... 
apapun kalau pelajar dapat jawab semua soalan trial SPM 2010 .. 18 set .. cgu yakin pelajar semua dapat menjawab dengan baik semasa menduduki peperiksaan prinsipperakaunan.. ;).. dan keputusan SPM Prinsip Perakaunan mesti A+... Amin... Good Luck !!!)

sapa ingat dan ikut cakap cgu mesti dia boleh jawab dengan baik kan... ;) .. lepas ni kalau cgu cakap je mesti dengar ye... ;) dan terima dengan hati yang terbuka... ;)

SPM pun dah berakhir kan untuk semua 5B dan 5C... harap dapat bagi kerjasama dengan cgu.. beri testimonial dengan segala ilmu yang dah cgu beri kepada semua.. amalkan sentiasa dengan keyakinan yang tinggi... 
hari ni cgu rasa sungguh bahagia, gembira dan tenang bila dapat menunaikan solat dhuha, taubat dan hajat bersama dengan semua pelajar akaun di surau sebelum peperiksaan bermula.. terima kasih kepada semua.. esp.. fazzmal dan ainul yang mengetuai majlis tadi.. ini lah bakal2 pemimpin masa hadapan.. ;)
 ingat cgu... 
i love u all... 

Wednesday, December 8, 2010

Salam Awal Muharram 1432H

Salam Kasih Sayang... Salam Awal Muharram...

Wow!!! indahnya hari ini...sambut tahun baru... seronoknya.. gembira hati tak terkata apa yg berlaku hari ni merupakan titik tolak permulaan.. azam dan semangat baru. terima kasih kepada semua esp hariss, mkbpk, ank2 mama, fara, emylia .  tidak lupa Dato' yang banyak membantu.. memberikan ilmu yang sungguh bermakna dalam diri cgu.. Terima Kasih.. syukur alhamdulillah... ;)

09 Disember 2010 ... SPM Prinsip Perakaunan... tinggal sehari je lagi nak periksa kan.. dekat sangat tu.. kepada semua anak didik cgu.. Kuatkan semangat... habis Biologi terus pulun Akaun.. percaya dan yakin 100%.. Set minda POSITIF!!! A+ 3x.. WOW!!SENANGNYA!!! ingat tu..belajar di akhir2 banyak membantu kejayaan yang cemerlang dengan syarat FOKUS!!! Cgu yakin 100% semua pelajar cgu BOLEH! Amin..

Buat semua anak didik cikgu,
ehsan, zakwan, salleh, irfan, ainul, taufik, faridzuan, iqbal, faeeq, firdaus m.nor, yazid, rafid, amir aiman, hafiz, fuad, zulhaqim, wafie, azri, firdaus maswan, alim, muzakkir, syed, hariz, afiz, hazim, nabil, farhan, fazzmal, lokman, izzudin, ahmad nor izudin, muzammil, amirul amin, ai'zuddin, hakim, raqib, anuar, zamri, zulhelmi, azzam, amirul haziq, umair, aizat,hannan, azfar, ahmad, ikram, farid, azri aizat, syahir, haziq, edika, azim, iqmal, asil, hairil, akif, azhan, syafiq aiman, ezmir syafiq, maisarah,amira, seha, aizat, ravi, hamzah, amir, rizwan, faisal dan hakim...

Buat semua pembaca2 setia blog cgu yang akan mengambil SPM 2010 dan semua pelajar yang akan mengambil bahan2 dan nota daripada blog cgu...

dengan penuh kasih sayang.. cikgu memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap.. dan cikgu ampunkan segala salah silap semua terhadap cgu.. cgu redhakan dan halalkan segala ilmu yang cgu berikan kepada semua.. cgu doakan semoga kalian semua mendapat keberkatan dan kejayaan yang cemerlang gemilang terbilang dalam Prinsip Perakaunan SPM 2010... Kejayaan diri sendiri adalah kejayaan kepada semua orang yang kita sayang... ibubapa, keluarga, guru dan sekolah.. ;)

"i love u"
Ingat cgu selalu..


Monday, November 29, 2010

Domain Giveaway dari yanmieonline.com dan Ihosterz.com


Salam Kasih Sayang..

Blogwalking petang ni banyak yang cgu telah pelajari dalam dunia blogging.. satu blog yg plg cgu suka ni la yg tgh cgu nak join contest yg dia buat.. yanmieonline.com.. cuba tgk blog ni.. memang best.. sejuk je mata memandang tgk dan baca blog dia.. Memang best.. i follow.. ;)




kali ni yanmieonline.com dan lhosterz.com menganjurkan contest domain diveaway.. menarik.. mana la tau rezeki cgu ada kat sini.. tak cuba tak tau.. yg ptg positif kan..

Jom join sama2.. rezeki masing2.. dari dok tgk internet ni buat n tgk yg bukan2.. jom join ni.. ada faedahnya..


hadiah menarik.. sapa nak bagi free2 cam ni kan.. yg ptg kita usaha.. 

5 pemenang : 3 pemenang akan dipilih menggunakan Random.org dan 2 pemenang lagi berdasarkan entri yang paling kreatif.. yg ni yanmie pilih sendiri.. dia kata tak pilih kasih.. so kita blh doa byk2 biar hati dia lembut pilih kita kan.. amin.. ;)

Tarikh penyertaan bermula 24/11/2010 hingga 20/12/2010.. ada masa lagi ni..CEPAT!!!

 

"SPONSER" 

Yanmieonline.com (3 domain)

Ihosterz.com (3 domain)

Cikmin.com (RM 20 x 2 untuk pemenang entry kreatif)

    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    "Ya Allah Ya Rasulullah, aku mohon moga CikguSila berjaya mendapat domain free daripada yanmie"


    Sunday, November 28, 2010

    132,707 ... TERIMA KASIH SEMUA ...

    Salam Kasih Sayang,

     Hari ni cgu menggunakan "Housemaid Management Service" untuk membersihkan rumah cgu.. alhamdulillah semua nya dah kemas seperti sedia kala.. Hati pun gembira... rasa bahagia.. boleh la buat kerja yang tertangguh dengan tenang... sebab sedap mata memandang senang nak berfikir..(tu falsafah cgu..hehehe).. Sesapa berminat nak guna perkhidmatan ni blh je.. Call je Izwan (0122596759) atau Siti (0122439789)...area putrajaya... ;)

    Buat pertama kalinya, hari ni cgu menatap komputer setelah sekian lama tengok sekejap2.. (maklumlah hati senang rumah cantik).. ;)... hari ni cgu ada masa untuk melihat segala apa yang cgu upload selama ini membantu atau tidak kepada semua yang memerlukannya.

    WOW!!! Satu kejutan juga... setakat ni detik ini 132,707 yg dah download bahan2 cgu .. bagi cgu dah cukup ramai tu.. sebab students akaun cgu je tak sampai 500 lagi.. tu nak ucap kan terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan selama ni.. daripada  cikgusila.blogspot.com hinggalah www.cikgusila.com .... rasa terpegun dan terharu dengan sambutan yang diberikan... cgu akui kerja2 yg cgu buat ni adalah atas sukarela dan kerana minat yang mendalam dalam dunia pendidikan dan IT.. bak kata pepatah sambil menyelam minum air.. Matlamat cgu membina blog tercapai.. Lepas ni teruskan sokongan ye.. dalam kepala ni dah macam2 nak buat... hehe..

    Cgu juga mohon maaf sekiranya sepanjang cikgusila.blogspot.com, cgu tak dapat memberikan kepuasan sepenuhnya kepada pelajar2 dan rakan2 guru yang perlukan bahan atau skema atau apa2 la yang tak dapat cgu upload.. cgu akui bebanan kerja di sekolah cgu memang tinggi.. buat2 ni semua pun masa kat rumah bosan2 di rumah..


    Hadiah cgu buat semua... ;)


    Teddy Bear I Love You

    Tuesday, November 23, 2010

    TIPS PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2010



    Salam Kasih Sayang,

    Dah selesai dua paper / 1 subjek hari ni.. ermm.. alhamdulillah..

    Ramai yang sms.. email.. call cgu tanya tips akaun ada tak utk SPM ni.. cgu memang tak tau soalan apa keluar pada tahun ini.. tetapi apa yang boleh dibuat untuk persediaan cgu boleh kongsi dengan semua pelajar...

    Kertas 1 :
    Nasihat cgu .. kuasai setiap teori dalam setiap topik dengan baik.. konsep dan prinsip faham dengan jelas. semua bab Tingkatan 4 dan 5.. baca dan faham dengan jelas dan tepat..

    Kertas 2 :
    Kalau nak dapat A+ ... kuasai keseluruhan topik dgn baik.. sebab kita tak tahu apa soalan yang akan keluar.. apa jua soalan yg keluar kita dapat jawab dgn baik jika kita kuasai dengan baik...
    cuma di sini cikgu nak kongsi berdasarkan kepada soalan percubaan yang cgu terima sebanyak 18 set.. apa yg blh disimpulkan adalah seperti berikut :

    Analisis tajuk yang keluar dalam trial SPM 2010 adalah seperti berikut : Download la kalau nak tgk.. Klik di sini
    1. Soalan 1 : Dokumen sumber ; kuasai dengan baik perniagaan yang baru memulakan perniagaan atau dah lama jalankan perniagaan.
    2. Soalan 2 hg 6 : Kuasai anchor Item (RTL, kawalan, kelab, perkongsian n ak penamat).. belajar semua bab semasa belajar.. kuasai kelima2 bab dgn baik.. sebab LCCI suka soalan yg mencabar.. kelima2 bab ada perkaitan dengan Akaun Kawalan, Rekod Tak Lengkap dan Akaun Penamat...
    3. Ikutkan analisis trial bab yg banyak keluar Rekod Tak Lengkap, Perkongsian, Belanjawan Tunai, Tafsiran Penyata Kewangan, Kelab dan Persatuan, Akaun Pengeluaran. (paling banyak Perkongsian.. so belajar perkongsian sampai pandai)
    4. Bab persamaan perakaunan, pelarasan, buku tunai runcit, syarikat berhad, penyata penyesuaian bank, TPM dan pelarasan juga mesti dikuasai dengan baik.
    Kalau tahun lepas yg tepat ialah Putrajaya (negeri cgu ni.. ;) .. apapun kebetulan).. tapi tahun ni yg menjadi ukuran cikgu ialah negeri Selangor dan KL..... banyak2 soalan cgu buat.. neg selangor pelik skit.. ;) agaknye kot.

    apapun kalau pelajar dapat jawab semua soalan trial SPM 2010 .. 18 set .. cgu yakin pelajar semua dapat menjawab dengan baik semasa menduduki peperiksaan prinsipperakaunan.. ;).. dan keputusan SPM Prinsip Perakaunan mesti A+... Amin... Good Luck !!!






    GOOD LUCK SPM 2010!!!

    Salam Kasih Sayang,


    Good Luck Balloon





    Lagi beberapa jam je semua pelajar2 cgu akan menduduki peperiksaan awam SPM untuk tahun ni 2010.. Cgu rasa semua dah bertungkus lumus utk menghadapi hari esok dan seterusnya.


    Kepada anak-anak murid yang cikgu ajar ;
    • 5B "hariz, afiz, nabil, hazim, farhan, firdaus maswan, alim, syed, muzakkir, fazzmal, logman, izuddin, izudin zahir, hafiz, amir aiman, rafid, yazid, firdaus, azri, wafie, zulhaqim, aliff fuad, faeeq, iqbal, faridzuan, taufik, ainul, irfan, salleh, zakwan , ehsan"
    • 5C "muzammil, amirul amin, aizuddin, hakim, raqib, anuar, zamri, zulh, azzam,amirul haziq, aizat, hannan, umair, azfar, ahmad, ikram, farid, azri aizat, shahir, haziq, edika, azim, azhan, iqmal, hairil, asil, syafiiq dan akif"  
    • amira, seha, syafiq, maisarah, aizat, ravi, hamzah, amir, faisal dan haikal
    dan semua kepada pelajar2 SAS khususnya serta semua pelajar 1Malaysia yang akan mengambil SPM mulai esok hari... cikgu halalkan segala ilmu yang diberi... cikgu ampunkan segala salah dan silap.. doa cikgu semoga kalian semua berjaya SPM 10 A+.. Amin


    ingat pesan cikgu... jawab soalan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang... senyum selalu... jaga disiplin diri... ingat Allah selalu...


    kalau tiba2 blank .. tak ingat apa2.. tenangkan diri.. istighfar + baca alfatihah + selawat... dan ingat guru yang mengajar kita... insyaallah... kalau nk buat alpha.. buat je la.. yg penting kita usaha... ;)













    Monday, November 22, 2010

    www.cikgusila.com


    Salam Kasih Sayang,

    alhamdulillah tercapai gak cita2 cikgu nak guna domain sendiri.. ;) gembira tak terkata.. cikgusila.blogspot.com tetap ada cuma bertukar domain ke cikgusila.com je..

    Buat rakan-rakan guru, pelajar2 dan sesiapa sahaja terima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini.. Moga semua mendapat keberkatan dari Nya..



    Saturday, November 20, 2010

    Kerja Rumah Semasa Cuti Akhir Tahun 2010

    Salam Kasih Sayang...

    Baru hari ni cgu dapat nak upload kerja rumah buat semua.. cgu bercuti balik kg.. rehat beberapa hari.. lega skit.. ;) ramai yang dah tanya cgu kerja rumah kan...

    Kerja Rumah Semasa Cuti Akhir Tahun 2010..

    Monday, November 15, 2010

    Belajar Buat Blog Wordpress

    Salam Kasih Sayang,

    Hari ni cgu belajar buat blog Wordpress bersama twin cgu... cgu Azie.. best sangat.. kelakar pun ada.. walaupun cgu dh ada blog sendiri tapi tak sama dgn blogspot.. hehehe

    akhirnya apa yg dicari dapat gak.. rasanya sekarang ni dah pandai tinggal nak memurnikan je... ;)

    anak2 didik cgu.. homework masih dalam proses.. cgu sibuk sangat ni.. nak fokus dulu dengan pengurusan panitia untuk 2011.. lepas tu SPM lak... kelas tambahan untuk form 5.. apapun dalam masa yang sama cgu cuba upload homework...

    Selamat Bercuti... tengok2 blog cgu selalu... ;)

    Saturday, November 13, 2010

    Program Bersama Pelajar Tingkatan 5 2010

    Salam Kasih Sayang...

    alhamdulillah hari ni dapat juga akhirnya cgu luangkan masa bersama2 dengan pelajar2 tingkatan 5.. gerak hati kuat sangat tahun ni untuk mengikuti program ni.. Bacaan Yasin, solat taubat, solat hajat... sungguh tersentuh. imam tuan pengetua sendiri Tn Hj Mohamad Kamaludin Bin Taib... pertama kali dalam hidup cgu berimamkan majikan sendiri... ;) syukur alhamdulillah... memang idola cgu.. tokoh yg sentiasa akan cgu ingat sampai bila2.. pesanannya selalu Agama No. 1... memang itu yang perlu ada pada setiap insan yang bernama lelaki... ;)

    dalam diri cgu, tak de fikir yang lain selain 3 perkara...

    1. kejayaan 100% A+ Prinsip Perakaunan ... seiringan dengan 100% straight A+ SPM 2010... doa cgu moga "hariz, afiz, nabil, hazim, farhan, firdaus maswan, alim, syed, muzakkir, fazzmal, logman, izuddin, izudin zahir, hafiz, amir aiman, rafid, yazid, firdaus, azri, wafie, zulhaqim, aliff fuad, faeeq, iqbal, faridzuan, taufik, ainul, irfan, salleh, zakwan , ehsan, muzammil, amirul amin, aizuddin, hakim, raqib, anuar, zamri, zulh, azzam, amirul haziq, aizat, hannan, umair, azfar, ahmad, ikram, farid, azri aizat, shahir, haziq, edika, azim, azhan, iqmal, hairil, asil, syafiiq dan akif" tenang semasa menjawab peperiksaan, mendapat keputusan A+ Prinsip Perakaunan dan 10A+ SPM..
    2. kesihatan mak cgu yang sedang sakit... (dapat panggilan telefon masa di surau sebenarnya...)
    3. kebahagian dan kegembiraan keluarga cgu hingga akhir hayat..
    "Moga Allah kabulkan Doa cgu... Amin"

    majlis berakhir dengan menjamu selera Nasi Ambeng... kalau ikutkan majlis ni macam kenduri doa selamat.. budaya orang Jawa... hehehe.. cgu pun orang jawa.. rindu gak dengan nasi ambeng... tercapai gak hajat..

    Selepas program cgu buat perjumpaan akhir bersama pelajar Projek Khas... pada awalnya memang tersentuh hati cgu.. sebab batch ni la yg plg byk cgu ikuti perkembangan kebajikan mrk... ramai yg tercicir semasa tingkatan 1.. alhamdulillah akhirnya yg tercicir berjaya dibantu... moga allah berkati semuanya... doa cgu semoga u all semua berjaya dengan cemerlang SPM 10A+.. ;)

    Tuesday, November 9, 2010

    1Blog 1Panitia...

    Salam Kasih Sayang,

    alhamdulillah akhirnya berjaya gak mengadakan Bengkel Membina Blog bagi setiap panitia. Terima kasih kepada puan masariah selaku penyelaras program, cikgu jep tenaga pengajar.. cgu hanya membantu sebagai fasilitator tunjuk mana yang cgu tau je.. seronok sangat dapat membantu semua rakan2 dalam membina blog.. macam2 ragam... tapi satu perkara mengajar orang yang sebaya dan lebih tua dan guru pulak tu memang mudah.. dengar kata.. walaupun banyak karenah.. hehehe... inovasi terkini daripada guru2 SAS ke arah pengajaran dan pembelajaran ICT, Sekolah Berprestasi Tinggi..

    selama ni ramai yang tanya cgu untuk subjek selain akaun ada tak... nah... tahun 2011 tidak menjadi masalah lagi kerana semua pelajar dapat mempelajari dan mendapatkan ilmu yang hendak dipelajari di blog panitia SAS.

    cgu akan senaraikan semua blog rakan2 cgu untuk semua pembaca blog cgu.. (semua mata pelajaran yang di ajar di sekolah cgu).. sekarang ni memang blog yang dibina masih dalam proses pembinaan.. akan diupdate sentiasa.. tahun depan 2011 pasti akan siap sepenuhnya..

    jom singgah dan rajin2 klik blog2 dibawah...
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Pendidikan Islam
    4. Sejarah
    5. Geografi
    6. Matematik
    7. Matematik Tambahan
    8. Kimia
    9. Fizik
    10. Biologi
    11. Prinsip Perakaunan (blog official cgu di sekolah) - akademik sahaja.. ;)
    12. Pendidikan Seni
    13. Kaunseling
    14. Bahasa antarabangsa
    15. Kemahiran Hidup 
    15 blog semuanya... memang masih dalam pembinaan tapi tunggu maklumat seterusnya.. perkongsian ilmu daripada guru2 SAS dengan semua guru dan pelajar di Malaysia dan antarabangsa... ;)

    Majlis Graduasi PraSekolah SK Putrajaya Presint 16(2)

    Salam Kasih Sayang,

    tak sempat cgu nak chitchat dlm blog cgu ni.. ikutkan semalam macam2 nak cgu cerita.. tapi tak pe la cerita tu cgu bw ke hari ini kan..

    baru balik kerja.. memang penat.. tapi dalam hati ni memberontak nak gak kongsi cerita dengan semua pembaca2 blog cgu ni.. hari ni cgu menghadiri Majlis Graduasi anak cgu yang sulung Hariss Hakim.. pejam celik dah besar dah anak cgu.. tahun depan dah sekolah Darjah 1.. ada persembahan pelajar.. berbakat gak anak mama rupanya.. (macam mamanya gak.. ;) ... )


    Persembahan pertama pelajar2 Pra Sekolah SK Putrajaya Presint 16(2)

    Bila tengok pencapaian akademik hakim... alhamdulillah .. Baik dan Memuaskan.. pandai anak mama.. ;)


    semasa menerima anugerah..




     anak mama...

     bersama mus'ab n teacher zaleha...


     

    gembiranya anak mama...


    mus'ab... 
    pakcik hakim ni... sebaya.. kawan baik dan kawan gaduh gak.. kelakar tgk diorang ni kalau gaduh... hehehe

    Saturday, November 6, 2010

    Anim, Fara dan Sila

    Salam...

    sementara menunggu utk hadiri 'workshop' ... update blog ok gak.. ikutkan memang kerja menimbun nak kena siapkan sebelum cuti akhir tahun. hari ni dan esok cgu nak rehatkan diri dan minda... mempelajari satu ilmu yang akan bantu untuk jalani kehidupan seterusnya. rehat sat utk fikir tentang kerja...

    pagi tadi sempat jumpa kawan lama yang dah sepuluh tahun tak jumpa. sembang2 di Taman Warisan Putrajaya. ok gak. lama tak pergi ke situ. tak berubah betul Anim ni.. jumpa dgn fara sekali. ingat masa belajar di U dulu.. lama sungguh masa berlalu..

    apa yg best tentang kawan cgu ni.. berjaya akhirnya dia jadi Akauntan Negara.. ada CA (chartered accountant).. bestnyer kan. cgu tak dapat2 lagi sampai sekarang.. kawan sorang lagi kt Shell. Syarikat yang ternama gak tu. tu la bila berkumpul, masing2 dengan cerita masing2. byk suka daripada duka. ;)


    kira ok la lepas ni adalah tempat rujukan cgu jika cgu ada masalah2 untuk dapatkan perkembangan terbaru dalam bidang perakaunan ni..

    tak sabar menanti hari esok... ;)

    Wednesday, November 3, 2010

    Kejohanan Mendayung Piala DYMM Sultan Selangor 2010

    Salam...

    alhamdulillah dah selesai Program ni... berjaya jua akhirnya... "Sultan gembira".. itulah yang disampaikan oleh pegawai bahagian protokol istana Selangor.. lega rasanya... masing2 semua gembira bila dah selesai.. kalau rekod video masa tu.. memang best...  selesai satu program... next program menanti... macam2 sebelum cuti akhir tahun ni... apapun cikgu pentingkan dulu anak2 didik cikgu yang dah nak periksa SPM lagi beberapa hari je lagi...

    tugas LO memang mencabar... pengalaman pertama macam tak percaya... ada byk kelemahan... apapun dah selesai...

    lama gak cikgu tak update blog ni.. memang sibuk dengan kelas pagi petang siang malam... selagi SPM tak berakhir selagi tu la cikgu akan bantu sedaya upaya setakat apa yang cikgu mampu...

    Gambar-gambar semasa Kejohanan Mendayung...





    Friday, October 22, 2010

    Siapa LO? & Tugas

    Siapa LO? & Tugas
    oleh Pn Masariah Mispari
    Sekolah Sultan Alam Shah
    22 Oktober 2010
    11.50am

    Definisi Pegawai Perhubungan (LO)
    seseorang yang bertanggungjawab untuk mengiringi dan melayan tetaku bermula ketibaan hingga selesai.
    tugas hakiki
    1. mengiringi tetamu jemputan
    skop lawatan : mula hingga blik
    skop program : rasmi dan peribadi
    skop masa : everytime & fulltime

    2. menolong, membantu & memastikan
    bagasi : beg, barang2
    protokol : karpet
    kenderaan :
    penginapan
    keselamatan

    3. menjadi DUTA organisasi
    utamakan hubungan 
    utamakan diplomasi & layanan
    promosikan organisasi : sekolah dan semua perkara
    promosi kepentingan bersama


    4. menyediakan / mendapatkan maklumat program
    nama program, masa, tempat
    etika berpakaian
    kedudukan protokol - kanan ke depan selangkah
    peranan yang dimainkan
    penggilan hormat 'salutation'
    maklumat tetamu lain/VIP

    5 Membantu hal peribasi
    1. Berpesonaliti menarik
    segak dan berpesonaliti
    berpakaian kemas & menarik
    berwatak ceria dan bersemangat
    berkeyakinan
    sentiasa cool & berbudi bahasa
    sentiasa sedia menolong

    2. berpengetahuan & ketrampilan protokol
    majlis, atur cara, fungsi
    pengetahuan am/umum
    tempat yang akan dilawati
    tokoh yang akan ditemui
    organisasi tetamu
    organisasi sendiri

    3. komited
    penuh tanggungjawab
    seronok bekerja
    ikhlas membantu
    betul-betul bersedia

    4. tidak mengira masa & tempat
    tidak mengira masa kerja
    berkeupayaan mendapat informasi dengan cepat
    sentiasa update program

    5. Mahir Berkomunikasi
    guna bahasa yang mudah difahami
    penghormatan yang sesuai
    ketrampilan komunikasi
    sesuai dengan topik, suasana & tempat
    ada power dalam komunikasi

    6. lolasi yang perlu diketahui
    laluan protokol
    kenderaan
    hotel'
    tempat
    jenis

    PERSEDIAAN SEBAGAI LO
    dapatkan semua maklumat yang perlu
    pastikan semua maklumat betul dan terkini
    hadir semua taklimat, latihan dan raptai
    menyelidik dan mengenal pasti lokasi
    persediaan & penampilan diri
    persediaan mental & fizikal
    maklumat rakan setugas
    Persediaan ketibaan
    mengenalpasti exco pengiring 
    mengenalpasti rakan kumpulan

    ketibaan
    masa tiba
    laluan utama VIP
    hal keselamatan

    Kepulangan
    hadiah/cenderamata/bawakan
    mengiringi VIP ke pintu
    Pantang LArang
    elakkan situasi yang tidak memuaskan kpd tetamu
    elakkan memandang rendah kepada tetamu
    elakkan berkata saya tidak tahu
    elakkan mengeluarkan kenyataan peribadi
    elakkan memberi jawapan secara rambang
    elakkan isu sensitif

    cabaran utama
    tetamu tidak menepati masa
    perubahan sering kali berlaku
    sukar mendapat kerjasama tetamu
    VVIP bertaraf tinggi
    short

    RUMUSAN
    mesti benar2 bersedia
    tahu peranan sebenar
    kepentingan sikap diplomasi
    elelmen masa terlalu kritikal
    masalah utama 
    musuh utama majlis
    mesti ada kesabaran dan keikhlasan
    the power of communication amat perlu


    Tuesday, October 19, 2010

    SOALAN PERCUBAAN SPM 2010

    Salam...
    Lama gak cgu tak update blog ni.. macam2 berlaku.. dugaan yang diberi untuk cgu tempuhi... apapun yang berlaku semuanya ada sebab.. ;)

    Terima kasih tak terhingga kepada cgu narzuki kerana dapat mengumpulkan soalan2 trial SPM 2010.. kepada semua anak didik cgu boleh dapatkan koleksi soalan tu di sini... cgu yakin dengan menjawab semua soalan trial ni pelajar2 akan dapat satu panduan dalam menghadapi peperiksaan SPM sebenar..

    KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2010

    Saturday, September 25, 2010

    Tugasan Kerja Kursus Tingkatan 4 SPM 2011

    Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink

    ***************************************************************************

    salam 1Malaysia,

    alhamdulillah cgu masih diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab yg diberi olehNya...
    tinggal beberapa hari je lagi kerja kursus perlu dihantar oleh semua pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM.... tenang kan fikiran untuk dapatkan hasil yang baik...

    ramai yang minta cgu contoh kerja kursus... kali ni cgu akan upload CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4.... harapan cgu cuma satu agar contoh ini dijadikan sebagai panduan dan rujukan semata2... tidak boleh ditiru oleh mana2 pelajar mahupun guru atau sesiapa sahaja...

    terima kasih kepada adik cgu "aliaa" yg turut memberi sumbangan dalam penghasilan contoh kerja kursus ini... :)

    CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010... setiap pelajar mesti ada ketiga-ketiga elemen..

    1. Elemen 1 (pengenalan perniagaan)
    2. Elemen 2 (urusniaga, dokumen, buku catatan pertama, lejar, imbangan duga, penyata kewangan) 
    3. Elemen 3 (rumusan)

    Monday, September 6, 2010

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    Salam 1Malaysia,

    lagi beberapa hari je nak hari raya... bg cgu macam tak raya.. banyak nya kerja yg perlu diselesaikan... key in markah.. semak kerja kursus f4.. ;) semuanya ok!!!

    Wednesday, September 1, 2010

    Husna @ DEMC

    Salam...

    Alhamdulillah hari ni (1/9/10) husna discaj.. tak sabar dia nak balik rumah... mamanya pun sama... selepas beberapa hari di sini (7am@29/8/10 hg 2pm@1/9/10)... seronok tgk dia dah beransur pulih... pagi tadi tiba2 dia mengadu sakit pada bahagian paru2 dia.. pemantauan selepas ni.. doktor kata itu kesan yg biasa kekadang berlaku pada pesakit2 athma... cgu rasa cgu pun biasa alaminya... orang besar je kekadang tak tahan.. inikan dia 4 yrs.. sian anak mama... mama tau husna strong macam mama.. :)
    hari pertama husna di DEMC.. nampak macam tak sakit je.. tapi sebenarnya sebaliknya...

    tdo anak mama...


    selepas mengadu sakit... mama suruh rehat... ;)

    kakak kecik datang melawat... nampak di wajahnya gembira ada orang datang melawat...

    terima kasih di atas sokongan yang diberikan... tq nenek, wak ti, irdina, atok, mak ngah, pak cu, mak su, uncle anuar, auntie fara, abah, ibu dan nenek n atok daddy datang melawat husna di DEMC... seronok husna... apapun yang terjadi ada hikmahnya.. bersyukur kepada Mu di atas segalanya... doakan husna sihat sejahtera.. ;)







    Tuesday, August 31, 2010

    Rebutlah Malam Lailatul Qadar

    Salam...

    sedar tak sedar nak hampir sebulan kita berpuasa kan... sekejap je rasanya... alhamdulillah Allah masih memberi peluang kepada cgu untuk teruskan kehidupan seharian cgu hingga saat ini... dugaan yang diberi memberikan satu kesedaran supaya kita ingat selalu dengan Dia... moga anak cgu.. Husna cepat sembuh..
    sambil2 dok menjaga anak cgu di hospital.. ada kesempatan melihat blog2 pilihan cgu... salah satunya blog ustaz nor amin... post terbaru ustaz mengenai malam lailatul qadar... baca di sini...

    Doa khusus di Malam Lailatul Qadar

    Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah ra :

    "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

    "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku."    
    Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa.
    ***********************************************************************************************

    10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t :
    "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Al-Qadr : 1-5)

    Sebab turun surah al-Qadr

    Lailatul Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi saw telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

    Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah wst menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah saw dan para sahabat amat gembira.

    Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatul Qadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
    Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar
    Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah saw menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra yang bermaksud :

    "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

    Rasulullah saw sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.
    Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
    Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatul Qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah saw pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah saw menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatul Qadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatul Qadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

    Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatul Qadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah swt supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
    Doa khusus di Malam Lailatul Qadar
    Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah ra :

    "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
    "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku." Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
    Tanda Malam Lailatul Qadar

    Para alim ulamak menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatul Qadar :
    1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
    2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
    3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
    4. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

    Saturday, August 28, 2010

    108146

    Salam 1Malaysia...

    cgu baru sahaja lepas selesai edit soalan yg baru dibina... tanpa sedar bila tengok blog dah sampai 100K rupanya pengunjung blog cgu... terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dari mula hingga ke saat ini... dan mudahan sokongan dan kerjasama ini berterusan hingga ke akhir hayat cgu...

    memang kebelakangan ini cgu terlalu sibuk dengan tugasan kerja kursus tingkatan 4.. beberapa kelemahan dan kelebihan yang cgu dah kenalpasti sepanjang hampir 4 minggu ni mengendalikan kerja kursus bersama dengan pelajar2 cgu...belum termasuk yang makan hati dengan sikap pelajar2... huhu
    apapun bagi cgu yg penting pelajar mesti siap kerja kursus ni pada atau sebelum 30 September 2010.. (kl tgk jadual seperti penambahan satu minggu sehingga minggu pertama oktober)...

    Thursday, August 19, 2010

    Template Kosong Dokumen

    Salam...

    dah masuk minggu ketiga pelajar2 menyediakan Kerja Kursus... macam2 karenah pelajar... seronok membaca setiap urusniaga yg dibina oleh pelajar sendiri... ;)

    minggu ni pelajar dikehendaki menyediakan dokumen pula... buku skrap cgu dah pulangkan semula boleh dijadikan rujukan..

    template kosong ni cgu dapat semasa cgu kursus hari tu.. terima kasih di atas sumbangan daripada JU WPKL.. jadi di sini cgu kongsikan dengan semua yang memerlukannya...

    dapatkan Template Kosong Dokumen di sini. KLIK SINI

    Thursday, August 5, 2010

    Peperiksan Percubaan SPM 2010

    Salam...


    hari ni semua pelajar cikgu menduduki peperiksaan percubaan SPM Prinsip Perakaunan.. Kertas 1... dan esok 6 Ogos 2010.. Kertas 2...


    doa cgu semoga semuanya berjaya menjawab soalan yang diberi dengan tenang dan mendapat petunjuk dariNya...

    Friday, July 30, 2010

    Tafaqquh Fiddin

    oleh Ustaz Ramli....
    Puasa....
    • ayat 183 . .. difardhukan ke atas kamu puasa... 
    • 2 perkara berkait rapat
    • allah wajibkan kita puasa... dalam puasa ada taqwa
    • allah akan anugerahkan pahala kepada kita.. dengan nilai/perkara yg kita lakukan setiap hari sepanjang bulan puasa tidak seperti hari-hari yg lain. terpulang kepada ketaqwaan diri.
    • puasa dengan penuh keimanan, keikhlasan dan ketaatan akan diampun dosa2 kecil. dosa2 besar diampunkan dengan bertaubat
    • puasa menahan nafsu syahwat... 
    • bulan puasa bulan latihan mendidik jiwa, nafsu kita untuk dibawa ke bulan2 yg lain.
    • baca al-quran... sehari sehelai / semuka... buat yg terbaik...
    • fajar qazib (sebelum subuh).. fajar as-sodiq (masuk waktu subuh)...
    • tak perlu lafaz... niat.. ialah yg terdetik di hati.. yg penting ada niat.. ikut mazhab syafie - niat setiap malam.. mazhab maliki dan hambali niat sekali malam pertama nak puasa.
    • didik anak berpuasa... "kl makan je batal puasa"
    • orang yg tidak boleh berpuasa.. diganti dengan secupak beras setiap hari atau duit ikut nilai secupak.
    • perempuan yg haid dan nifas.. bersih haid pd malam hari esok hari wajib puasa walaupun tak mandi wajib lagi. ganti puasa ikut bilangan hari cuti puasa... fidyah ... pergi ke zakat..
    • harus berbuka jika musafir yg mendatangkan kemudaratan... wajib ganti selepas bulan ramadhan
    • harus berbuka bagi orang yg sakit, mengandung, menyusukan anak... wajib ganti selepas bulan ramadhan.. 
    • apapun jika kita ada niat dan keikhlasan insyaallah yakin dapat pahala...niat dapat pahala.. buat lagilah dapat pahala...
    • ganti tak double.. kl fidyah double...
    • imam ghazali : puasa ada 3 kategori : puasa umum, khusus dan khusus al khusus..
    • kejar kelebihan semasa bulan ramadhan.
    1. puasa al umum : menahan diri tak makan tak minum n nafsu (tetap mengumpat...dll)
    2. puasa al khusus : menahan pendengaran, penglihatan dan seluruh badan yang ada daripada melakukan sebarang dosa. inni soimun (sesungguhnya aku orang yg berpuasa)
    3. puasa al khusus al khusus  : puasa golongan para anbia, rasul....assiddiqin...
    • jangan pilih tahap 1.. rugi... PILIH TAHAP 2
    1. menundukkan pandangan dan tahan daripada lihat perkara yg dibenci oleh allah taala.
    2. memelihara lidah daripadaberkata2 dan ketawa yg terlampau. banyak berdiam diri. 
    3. menahan diri daripada mendengar perkara yg diharam. =memakan harta haram
    4. menahan anggota tubuh badan melakukan dosa. (siang hari puasa mlm makan2 yg makanan haram).. jgn makan kt hotel (search internet hotel2 yg ada sijil halal daripada jakim)
    5. tidak berlebihan semasa berbuka. makan ala kadar... makanan boleh mendatangkan penyakit..
    6. mulakan dalam diri takut kepada allah taala.. muhasabah diri kita.. puasa kita diterima atau tidak
    • puasa enam = puasa setahun ;
    • yg pertama dihisab ialah solat fardhu.. lepas tu solat sunat.. untuk tampung yg bulat2.. begitu juga puasa.. puasa wajib bulan ramadhan lepas tu puasa enam..untuk tampung yg bulat2 semasa berpuasa wajib...
    • berbuka puasa dengan ala kadar je...

    Tuesday, July 27, 2010

    Kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM 2011

    Salam...

    Dah beberapa hari cgu tak update blog.. erm terasa beza nya tahun ni.. dengan banyak cuti sakit dan kerja yg bertimbun2 masih tak selesai... moga dipermudahkan semua tu...

    Soalan untuk kertas 3 masih tak de lagi.. masih menanti dengan penuh kesabaran... cgu memang nak tgu dulu soalan barulah fikirkan macam mana untuk membuatnya... apapun software untuk memudahkan pelajar membuatnya dalam pembikinan... moga projek ini berjaya... terima kasih kepada anak didik cgu... siddiq... yg sudi nak membantu mempermudahkan urusan pembelajaran ini... 

    Sabar menanti....  Soalan Kertas 3 : Klik di sini.


    Tuesday, July 13, 2010

    KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL GURU-GURU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

    Salam...

    hari ni menghadiri kursus... selepas Majlis Makan Nasi Ambeng... sedap.. lama dah tak makan.. rupa2nya abang nahar n kak ita pun ada.. nasi ambeng sekeluarga la ni.. ;)

    MODUL KONSEP PENGINTEGRASIAN ICT DALAM P&P

    Objektif :
    1. Menerangkan konsep pengintegrasian ICT dalam P&P
    2. Mengenalpasti model pengintegrasian ICT dalam P&P
    3. Menghasilkan bahan P&P berasaskan web

    Macam mana nak guna web... memang menarik..

    1. Membaca teks : laman web, ebook
    2. Menjana soalan : word, google docs
    3. Membuat persembahan : picasa , powerpoint
    dll

    Menghasilkan Bahan P&P (web)
    • menggunakan perisian eXe...
    The BIG6
    1. mendifinisi masalah
    2. strategi mencari maklumat
    3. lokasi & capaian
    4. mengguna maklumat
    5. sintesis
    6. menilai
    Selesai 4 petang.. perlu diteruskan lagi... amat berguna... tqvm to cikgu Naza.. ;)

    Monday, June 21, 2010

    KELAS 'I SEE U' PRINSIP PERAKAUNAN 2010

    Salam..

    Alhamdulillah tahun ni diberi peluang lagi untuk membuat kelas I See U.. Salah satu program seterusnya untuk kecemerlangan pelajar yang mengambil SPM 2010. Kelas ini akan bermula pada minggu ini (24 Jun 2010) setiap malam Khamis jam 8 hingga 9.30 mlm...

    ok.. pelajar-pelajar yang terlibat ialah :
    5 Bestari

    1. Ahmad Wafie Elssal
    2. Ainul Hazeem
    3. Amir Aiman
    4. Fazzmal Huzairie
    5. Hariz Syahmi
    6. Irfan Murshidi
    7. Mohammad Hazim
    8. Mohammad Yazid
    9. Muhammad Faeeq Wafiy
    10. Muhammad Luqman
    11. Muhammad Taufik
    12. Muhammad Zakwan
    13. Syed Nazrin

    5 Cita
    1. Ahmad Asil
    2. Aizat Ibrahim
    3. Akif
    4. Hairil
    5. Khairul Annuar
    6. Khairul Azim
    7. Muhamad Farid Safwan
    8. Muhammad A'izuddin
    9. Muhammad Azhan
    10. Muhammad Haziq
    11. Muzammil
    Kehadiran adalah wajib. Di harap pelajar-pelajar yang terpilih dapat mengambil peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh demi merealisasikan impian masing-masing SPM 10 A+... amin

    Contoh Jawapan Terbaik Soalan 1 : Dokumen Perniagaan

    Salam...

    Hari pertama cuti sekolah... sedang kemas2 barang cgu terjumpa kertas jawapan yang selama ni cgu cari... jawapan seorang pelajar cemerlang iaitu Muhammad Aliff Fuad Bin Abdul Kudus. Memang cgu sangat puas hati dengan cara penulisan jawapannya... sebab tu dapat markah 100% (32/32)...

    di harap pelajar2 lain lihat contoh jawapan yang cgu berikan ini... jadikan sebagai panduan... kalau nak berjaya kita mesti ikut orang yang dah berjaya kan...


    Contoh : BUKU TUNAI




    Contoh : JURNAL AM


    Contoh : JURNAL KHAS
    (biasanya dalam peperiksaan tak akan sampai menggunakan dua helai jurnal untuk menjawab jurnal khas.. )



    Contoh : LEJAR
    (latihan yang berterusan, pelajar akan dapat menentukan sendiri berapa baris yang akan digunakan bagi satu akaun yang terlibat.. )


    Contoh : IMBANGAN DUGA
    (jangan lupa untuk menulis jumlah imbangan walaupun tak seimbang.. ikut jawapan seperti mana di dalam lejar.. konsep BADLEH terpakai)

    Saturday, June 19, 2010

    Alpha 248

    Salam..

    Ada beberapa soalan berkenaan dengan post yg cgu buat hari tu berkenaan dengan alpha 248... sebenarnya ilmu ni cgu dapat semasa cgu ikuti mentor cgu.. yg mana cgu sendiri ambil keputusan untuk kongsi kan bersama dengan anak didik cgu... ILMU + SISTEM + MENTOR... itu yang cgu cuba terapkan sekarang dalam mendidik anak2 didik cgu.. cgu nak tuliskan disini memang cgu tak tau nak explain macamana.. sebab ianya dengan perbuatan... :)

    "bila berjumpa sendiri dengan guru baru la kita dapat apa yang kita nak sepatutnya dan adakalanya lebih daripada itu"... ;)

    Thursday, June 17, 2010

    Program Bantu Rakan Prinsip Perakaunan

    salam...

    Hari ini cgu menonton video sambutan Hari Guru SAS 2010.. sedih sebab tahun ni cikgu tak dapat nak sambut hari guru bersama dengan rakan2 guru dan pelajar2.. apapun cikgu redha dan terima di sebalik semua ini ada sebabnya..ada hikmahnya.. memang best sambutan kali ini.. betul dengan apa yg rakan2 guru cerita dengan cikgu.. rakan2 yang memang berkaliber dan sebab tu jugak memang layak mengajar di SAS.. :)

    sambil tu cikgu teringat program seterusnya bersama pelajar2 cikgu esp form 5.. sekaran dah bulan jun.. maknanya lagi empat bulan je SPM 2010.. strategi yg pertama selepas cuti sekolah...

    PROGRAM BANTU RAKAN ( macam tutor tutee la... )
    tak semua pelajar yang terlibat.. cuma beberapa orang yang cikgu pilih berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2010.. pengkhusasan kepada soalan 1 dokumen perniagaan.. namun demikian untuk bab-bab yang lain juga blh dibantu.. cikgu akan pantau dari masa ke masa.. Pelajar yang lemah akan dibantu oleh seorang fasilitator / tutor..


    TINGKATAN 5 BESTARI
    Fasilitator
    1. Muhammad Faridzuan B. Jamahseri (Ahmad Wafie Elssal B. Mohd Adil & Irfan Murshidi B. Ramli)
    2. Ahmad Nor Izuddin B. A. Rahman (Ainul Hazeem B. Ainuddin)
    3. Azri Faiz Nur B. Abd Wahab (Amir Aiman B. Azhar)
    4. Mohamad Rafid B. Abdul Wahab (Fazzmal Huzairie B. Jamaludin)
    5. Muhammad Muzakkir Asyraf B. Mohd Ramli (Hariz Syahmi B. Zakria)
    6. Mohd Nor Iqbal B. abdul Aziz (Mohamad Zulhaqim B. Abd Karim)
    7. Afiz Fazriz B. Azizi (Mohammad Hazim B. Md Lani)
    8. Muhammad Nabil Adli B. Md Sazaki (Mohammad Yazid B. Mahamad Alib)
    9. Muhammad Izzuddin B. Zahir (Muhammad Farhan B. Khairol Anuar & Muhammad Zakwan B. Hamedi)
    10. Mohamad Ehsan B. Mohamad Rosdi (Muhammad Faeeq Wafiy B. Rosli)
    11. Muhammad Aliff Fuad B. Abdul Kudus (Muhammad Luqman B. Ahmad Sazaki)
    12. Muhamad Firdaus B. Mohd Nor (Muhammad Taufik B. Awang)
    13. Ahmad Sallehuddin B. Mohd Aziss (Syed Nazrin B. Syed Yusof)

    TINGKATAN 5 CITA

    Fasilitator
    1. Abdullah Azzam B. Mohd Norman (Aizat Ibrahim B. Abdul Sukor & Mohamad Zulhilmi B. Zainudin)
    2. Amirul Amin B. Mohammad Naim (Muhammad A'izuddin B. Nizam Shah)
    3. Mohamad Raqib B. Basiran (Ahmad Asil B. Ab Aziz)
    4. Mohammad Azri Aizat B. Ruhaizan (Muhammad Azhan B. Abd Aziz)
    5. Muhammad Hakim B. Mat Tasir (Muhammad Haziq B. Abd Rahim)
    6. Muhammad Ikram B. Ismail (Akif B. Ahmad Sukri)
    7. Muhammad Syahir B. Abu Bakar (Muzammil B. Hashim)
    8. Umair B. Zanil (Khairul Azim B. Baharudin)
    9. Mohd Zamri B. Ibrahim (Muhamad Farid Safwan B. Abu Bakar)

    Harapan cikgu usaha murni ini akan membantu sesama pelajar dalam meningkatkan prestasi dalam prinsip perakaunan.. Matlamat soalan dokumen 100% 28 markah.. Pasti tercapai dengan kerjasama semua pelajar.. alpha.. amin...

    Monday, June 14, 2010

    sehari menjadi seorang nelayan...

    Salam...

    alhamdulillah semuanya selamat. Semalam 13 Jun 2010 seharian cgu berada di laut. jadi seorang nelayan.. hehe .. seronok sangat.. pengalaman pertama yang tak dapat dilupakan.. mak cgu risau gak sebab cgu tak sihat.. tapi cgu kuatkan semangat dan set minda positif.. alhamdulillah kesakitan cgu dapat dilupakan begitu saja.. betullah dengan apa yg cgu selalu ingatkan kepada semua pelajar2 cgu.. set minda positif.. insyaallah segalanya akan positif..






    lebih 25 tahun cgu fobia dengan laut, sungai atau pantai.. tak boleh nak tengok laut / kawasan yang dipenuhi dengan air.. terbayang2 seperti cgu ada di tengah2 laut terkapai2 meminta pertolongan.. (orang yg dikira rapat dgn cgu telah meninggal dunia lemas) sejak tu cgu takut dgn laut..





    tapi sekarang cgu blh dah berada di laut dengan keadaan yang tenang dan biasa.. seronok sebenarnya.. rezeki semuanya ada di situ.. cgu bersyukur sangat allah mengizinkan nya.. di sebalik pasir sungai pun ada rezeki yg Allah dah beri kita.. tinggal cari je.. sebab tu kalau kita berusaha pasti kita akan berjaya.. bagi cgu seorang nelayan adalah seorang yang mewah dengan rezeki yang sentiasa ada di depan mata.. memang ada risiko.. tetapi di sebaliknya sungguh nikmat kalau kita betul2 menikmati kehidupan yang telah allah beri kan ini..





    pagi cgu, anak2, kakak dan abg ipar g mencari remis.. remis di pantai.. banyak gak dapat.. boleh lah dijadikan lauk.. masa ni cgu terlupa nak bw kamera.. handphone pun tertinggal dlm kereta.. so xde memori masa ni..
    petang kul 1.30 cgu mula bertolak g ke laut.. cgu pegi dengan kakak n abg ipar... masa ni panas sangat tapi dengan set minda sejuk.. tak terasa panas semasa di laut.. alhamdulilah.. tujuan ke laut bukan cari ikan tapi ketam.. banyak gak hasil tangkapan kami.. mula2 dapat memang menjerit2 sebab pertama kali n takut ketam jalan laju sangat walaupun senget.. baru cgu percaya ketam jalan senget.. sebelum ni memang tak pernah lihat depan mata sendiri.. :)





    jam 6.00 petang kami bertolak pulang ke darat.. erm.. sambil balik kutip semua 'bubu ketam'.. hasil tangkapan semua dapat dalam 45 ekor.. isi penuh.. wow!! semuanya 8 kilo.. kalau sekilo rm20.. 8 kilo = rm160.. wow!! 4 jam... rezeki yang tuhan beri.. alhamdulillah..


    Monday, June 7, 2010

    Keputusan Rasmi Cabaran PPT 2010

    Salam...

    Sekejap sungguh masa berlalu... sekarang je dah bulan jun bermakna SPM tinggal 4 bulan je lagi... mencabar... dan cabaran akan disahut dengan positif...

    Cabaran Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 pun dah berakhir... hari ni baru cgu tengok analisis... Keputusan adalah seperti berikut :

    TINGKATAN 4
    Pemenang ialah kelas 4 BESTARI dgn Gred Purata 1.75... (4C : 2.19)

    TINGKATAN 5
    Pemenang ialah kelas 5 BESTARI dgn Gred Purata 4.55... (5C : 4.61)


    Seperti yang dijanjikan... naik sekolah nanti cgu akan beri hadiah kepada semua pemenang satu kelas... belanja makan... minum beli sendiri... hehehe

    kepada yang tidak berjaya jangan putus asa... tingkatan 4 masih jauh lagi.. (akhir tahun, ppt f5, trial spm, spm2011)... tingkatan 5 ada lagi dua peperiksaan (trial spm dan spm2010)... cgu harap semua pelajar teruskan usaha dengan lebih gigih... kalau cikgu boleh yakin dengan kamu semua, kamu semua kena yakin dengan diri sendiri yang kamu semua boleh lakukan yang terbaik... Prinsip Perakaunan A+... 100% kita sama2 usahakannya... :)

    Friday, June 4, 2010

    Hari Akademik SAS 2010

    Salam..

    Sementara menunggu rebus daging.. tengok2 berita apa yg patut dlm internet ni.. teringat lak hari ni hari akademik kat sekolah.. cgu lambat mulakan sesi.. hantar 4 orang pelajar tingkatan 4 ke ICT Camp di UNITEN... boleh tahan gak tahun ni yg hadir dan berjumpa dengan cgu.. terima kasih kerana berjumpa dengan cgu...

    pelajar-pelajar dan ibu bapa yang datang berjumpa dengan jumpa bermula 10am - 12.30pm...

    5Bestari
    afiz fazriz, fazzmal, irfan murshidi, ehsan, rafid, hazim, faeeq, faridzuan dan zakwan.

    5Cita
    annuar, aizuddin, haziq dan syafiiq aiman.

    4Bestari
    irfan faiz

    4Cita
    hasif-irfan dan w.a.azim

    3Jaya
    zareeq, aizat, al-muhaymin, dan syahir

    Moga perjumpaan kali ini dapat membantu pelajar2 meningkatkan prestasi masing2 demi kejayaan yang diimpikan... cgu hanya dapat memberi tunjuk ajar dan mendoakan kejayaan tapi kejayaan semua di tangan pelajar2.. u all sendiri yang mencorakkannya.. ingat pesan cgu "Be Positive"... perbanyakkan istighfar + alpha 248... insyaallah kejayaan milik kita... amin

    Permulaan Sesi Akademik 2022/2023