Assalamualaikum,
Mungkin hanya berdoa sahaja tidak cukup untuk membantu krisis Palestin/Lebanon. jika semua umat Islam tidak kembali ke jalan Islam yang sebenarnya, umat islam yang tidak berdosa di serata dunia akan terus ditindas. Mungkin Palestin akan sembuh dari luka ini kerana iman yang dipunyai oleh mereka memungkinkan Allah menimpakan ujian ini. kerana hanya mereka yang mempunyai keyakinan dan kekuatan untuk menggalasnya. Allah hanya menimpakan ujian kepada seseorang yang mampu menghadapinya.
Impaknya pada kita? Sekarang kita mungkin sedar yang umat Islam di Palestin telah ditindas setelah sekian lama bermula 1948 apabila kependudukan yahudi bermula secara haram di palestin dan dengan beransur-ansur menghalau rakyat jati Palestin dari bumi yang diberkahi Allah itu. kemuncaknya? Serangan roket yahudi Zionis ini telah mampu membuka mata umat Islam di seluruh dunia akan penderitaan mereka di sana yang telah bermula bertahun dahulu.
Cukupkah usaha kita sekarang? Jika perang ini tamat mungkinkah kita akan buta kembali? kembali kepada hidup seharian kita di dunia ini yang penuh lalai bila mana orang yahudi dikepalai oleh yahudi Zionis kembali merancang serangan di bumi umat Islam yang lain?
Mungkinkah bumi itu adalah Malaysia? Jika Malaysia diserang, aku yakin dengan hanya sekelip mata semua yang kita sayangi di tanah air ini akan musnah. Tiada jiwa-jiwa pemuda yang bersemangat jihad yang tinggi mempertahankan Islam yang suci dari diinjak-injak Zionis. Tiada anak-anak kecil yang berkobar-kobar membaling batu-batu kecil ke arah kereta kebal yahudi dengan muncung senjata berada tepat di kepala mereka. Tiada wanita-wanita mujahidah yang sanggup meninggalkan anak dalam buaian untuk menjadi pengebom berani mati di tengah-tengah kelompok tentera yahudi
Ringkasnya, umat Islam kini, hatta di mana sahaja belum bersedia untuk menghadapi perubahan politik dunia sekarang yang di belakangnya terselindung muslihat yahudi zionis. Masing-masing berselindung di balik laungan-laungan simpati untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan masing-masing yang dikhuatiri hilang, harta ataupun kuasa. Belia sandaran agama mabuk menelan racun-racun dunia termasuk dadah, arak, rokok, seks untuk mhemuaskan hawa nafsu mereka. Anak-anak kecil dilitupi dengan matlamat hidup di dunia yang palsu, langsung mengejar akademik atau pencapaian dunia hingga lupa untuk bersyahadah ataupun langsung lupa untuk mengenal tuhan penciptanya.
Aduhai dunia. Semoga perang ini ada hikmahnya pada umat Islam yang lalai ini.
"Ya Allah, teguhkanlah imah di jiwaku, berilah hidayah kepadaku dan umat Islam di seluruh dunia, kembalikanlah tampuk pemerintahan dunia kepada umat Islam sepertimana kau muliakan pemerintahan Rasulullah, Khulafa Ar-rasyidin dan tamadun selepasnya, wahai Tuhan yang memakbulkan doa"
Blog ini ditujukan khas kepada pelajar-pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan 5 sebagai rujukan khususnya pelajar-pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Thursday, January 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PENGERTIAN DAN PENGELASAN ASET Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan. ...
-
Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink *********************************************************************...
-
1. TUJUAN AKAUN KAWALAN a. Memudahkan jabatan kredit memperoleh jumlah baki keseluruhan penghutang dan pemiutang. b. ...
-
Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan. Akaun berbentuk T. Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niaga Lajur but...
-
( Buku Subsidiari / Buku Catatan Asal / Buku Harian ) Terdiri daripada Jurnal, Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit. Semua urus niaga di...
No comments:
Post a Comment