Sunday, January 13, 2008

PEMBETULAN KESILAPAN

ü Pada akhir tahun kewangan, sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan, satu Imbangan Duga (ID) perlu disediakan dengan tujuan untuk menentukan ketepatan sistem catatan bergu dalam lejar am.

ü Imbangan duga yang tidak seimbang menunjukkan kesilapan telah berlaku dan perlu diingatkan juga Imbangan Duga yang seimbang TIDAK semestinya menunjukkan TIADA kesilapan.

ü Kesilapan apabila berlaku perlu dibetulkan dengan melalui catatan jurnal.

ü Pembetulan mesti dilakukan sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan.

ü Pembetulan tidak akan melibatkan Akaun Tergantung dan Pelarasan Untung Bersih.

ü Terbahagi kepada dua jenis iaitu Kesilapan Ketara dan Kesilapan Tidak Ketara.

KESILAPAN KETARA

o Imbangan Duga tidak akan seimbang

o Jumlah debit TIDAK AKAN SAMA dengan jumlah kredit

1) Kesilapan Ketinggalan Salah Satu Catatan

Ø Catatan bergu tidak lengkap disebabkan ketinggalan catatan debit atau kreditt. Ini bermakna sesuatu urus niaga hanya dicatat sekali sahaja.

2) Kesilapan Catatan Di Sebelah Yang Sama

Ø Dalam sesuatu urus niaga, kedua-dua akaun yang terlibat dicatatkan di sebelah yang sama.

3) Kesilapan Catatan Amaun

Ø Walaupun prinsip catatan bergu betul, tetapi angka atau jumlah dari jurnal telah salah dicatatkan ke lejar kerana salah kiraan.

4) Kesilapan Pengiraan

Ø Pengiraan yang salah semasa penyediaan jurnal, lejar atau ID.

5) Kesilapan Dalam Imbangan Duga

Ø Jumlah dalam ID tersalah tambah.

Ø Tersilap menyenaraikan baki sama ada sebelah debit atau kredit.

Cara pembetulan;

ü Dibetulkan dengan membatalkan angka yang salah dan kemudian menurunkan tandatangan ringkas di tepinya.

KESILAPAN TIDAK KETARA

o Imbangan Duga tidak akan seimbang

o Jumlah debit MASIH SAMA dengan jumlah kredit

1) Kesilapan Ketinggalan Satu Urus Niaga

Ø Sesuatu urus niaga tertinggal terus daripada catatan, di mana tidak direkodkan dalam mana-mana buku.

2) Kesilapan Amaun

Ø Satu urus niaga telah direkodkan di sebelah debit dan kredit dengan amaun yang salah. Ia boleh berlaku semasa catatan dibuat dalam buku catatan pertama.

3) Kesilapan Terbalik

Ø Catatan bergu dibuat dalam akaun yang betul tetapi di sebelah yang salah.

4) Kesilapan Prinsip

Ø Pembukuan dibuat mengikut prinsip bergu yang betul tetapi catatan debit atau kredit direkodkan dalam akaun yang salah.

5) Kesilapan Komisen

Ø Ikut prinsip catatan bergu dalam amaun yang betul tetapi catatan debit dan kredit direkodkan dalam akaun perorangan yang salah.

6) Kesilapan Saling Mengimbangi

Ø Suatu kesilapan urus niaga yang salah direkodkan telah dimbangi oleh kesilapan yang lain.

Ø Ia diperbetulkan melalui cara pembetulan sahaja (tandatangan).

Ø Kesilapan sebelah debit sahaja, kesilapan sebelah kredit sahaja dan kesilapan sebelah kredit dan debit.

Cara pembetulan;

ü Dibetulkan melalui Jurnal Am dan diposkan ke lejar berkaitan.

CARTA ALIRAN KAEDAH MENGESAN KESILAPAN

Langkah 1 : Adakah semua catatan debit dan kredit telah dimasukkan dlm ID.

Langkah 2 : Kira selisih antara jumlah debit dengan kredit dlm ID. Semak semula akaun lejar bagi mengesan jumlah yang sama yang mungkin tertinggal.

Langkah 3 : Bahagikan selisih tadi dengan 2. Cari hasil bahagi tadi sama ada tersalah catat dalam lejar yang sama. Jika ada, betulkan.

Langkah 4 : Semak semula pengiraan dalam lejar dan pastikan bakinya diposkan ke ID. Jika ada kesilapan, betulkan dan turunkan tandatangan ditepinya.

Langkah 5 : Semak pengeposan Buku Catatan Pertama ke lejar. Jika ada kesilapan, betulkan.

Langkah 6 : Semak semua pengiraan di Buku Catatan Pertama. Jika ada kesilapan, betulkan dan turunkan tandatangan.

-------------------------------- IMBANGAN DUGA TERSELARAS (Jika ID SEIMBANG terus ke ID Terselaras, jika ID TIDAK SEIMBANG ulangi langkah-langkah di atas satu per satu)


2 comments:

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023