Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.
Akaun berbentuk T.
Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niaga
Lajur butir – mencatat nama akaun
Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun)
Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga
Cara merekod urus niaga adalah berasaskan prinsip catatan bergu.
Akaun terbahagi dua iaitu;
Akaun Perorangan – penghutang, pemiutang, ambilan dan modal
Akaun Bukan Perorangan – akaun nyata (akaun aset) dan akaun nominal (akaun hasil dan belanja).
Mengimbang dan Menutup Akaun
Untuk mengetahui baki setiap akaun di akhir suatu tempoh.
Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun.
Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi.
Tujuan menutup akaun untuk ;
memulakan akaun hasil dan belanja dengan baki sifar pada suatu tempoh perakaunan.
mengemaskini Akaun Modal; hasil menambahkan ekuiti pemilik dan belanja mengurangkan ekuiti pemilik.
Folio
Rujukan untuk mengesan sumber catatan pertama atau pasangan catatan bergu – rujukan muka surat akaun dalam Buku Catatan Pertama dan lejar.
Mengurangkan kesilapan merekod atau terlupa melengkapkan catatan bergu.
Diisi jika pengeposan telah dilakukan iaitu memindahkan catatan dam Buku Catatan Pertama ke lejar.
Pembahagian Lejar
Dua bahagian iaitu Lejar am dan Lejar subsidiari.
Lejar Am meliputi :
(a) Akaun Nominal (akaun hasil dan belanja)
(b) Akaun Nyata (akaun aset semasa dan aset bukan semasa)
(c) Akaun penghutang dan pemiutang aset bukan semasa (akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang)
(d) Akaun Modal
(e) Akaun Ambilan
Lejar Subsidiari (lejar kecil) meliputi :
(a) Lejar Belian / Lejar Pemiutang
(b) Lejar Jualan / Lejar Penghutang
Tujuan pembahagian lejar;
Dapat menjalankan pengkhususan dan pembahagian kerja
Dapat menugaskan seorang eksekutif akaun untuk mengendalikan satu bahagian lejar sahaja.
Mudah untuk menguruskan pengurusan dan pengawalan.
Dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kesilapan merekod.
Dapat mengurangkan bilangan akaun dalam lejar yang terlalu banyak dalam lejar am.
bagaimana merekod libiliti semasa sprt hutang ke dlm lejar pemiutang?
ReplyDeletepening lhaa . apa maksud lejar am & khas ni ? bukan ka kita pakai lejar pemiutang & lejar penghutang ?
ReplyDeleteLejar Am ini untuk semua kecuali lejar penghutang/pemiutang.
DeleteLejar Khas ( Subsdiari ) ni untuk lejar penghutang/pemiutang.
Contoh Am : Modal
Untuk letak folio, Cth
Akaun Modal LA1
Akaun Kenderaan LA2 dan seterusnya
Contoh Khas :
Membeli 2 set computer dari Rztech Co secara kredit
Buat lejar :::: Rztech Co LB1 ( Lejar Belian )
Membeli 6 komputer dari Tyuas Enterprise secara kredit
Buat lejar :::: Tyuas Enterprise LB2
Mcm tu kot ? Ini kalau nak buat kerja kursus kena ada folio.
Dalam buku text , jurnal sbgai buku cttan prtama.
Saya tak sure sangat tp rasanya mcm tu la :)
-LYC <3
boleh tak tunjuk cara nak wat lejar tu? step by step..
ReplyDeletepenghutang bhgian debit,pemiutang bhgian kredit...setiap butiran yg terdapat pada jurnal am,jurnal belian,jurnal jualan,jualan penghutang,jurnal pemiutang,bank,stok dan etc mesti buka setiap lejar setiap satu butiran...
ReplyDeletelejar pemiutang , lejar penghutang kan sepatutnya
ReplyDeletesaya nak Tanya dalam lejar penghutang kena tambahh jugak penghutang yang lama?
ReplyDeleteApakah maksud akaun perorangan?
ReplyDeleteAmik sub akaun ni mmg meningkatkan kesabaran diri..fuhhh
ReplyDeleteCikgu nak tanya klu urus niaga cth beli almari dgn syarikat jati tunai rm500. Sepatutnya catatan bergu ialah akaun tunai dan akaun perabot.tpi pelajar buka akaun almari atau akaun Syarikat Jati.Jumlah betul nama butiran salah.jadi ada markah atau salah?
ReplyDeleteAkaun kawalan penghutang dan pemiutang tu di bawah lejar am ke ?
ReplyDeleteYa
Deleteadakah ambilan kena masuk dalam akaun belian?
ReplyDeleteKalau ambilan barangniaga, kena rekod dalam JA sebagai belian.
DeleteSomebody necessarily help to make critically posts I'd state.
ReplyDeleteThat is the very first time I frequented your web page and so far?
I surprised with the research you made to make this particular submit incredible.
Excellent job!
Very rapidly this web site will be famous among all blog users, due to
ReplyDeleteit's pleasant articles or reviews
What's up, this weekend is fastidious for me, for the reason that
ReplyDeletethis occasion i am reading this great informative piece of writing here at my home.
Hi there I am so thrilled I found your webpage, I really found you
ReplyDeleteby error, while I was looking on Aol for something else, Regardless I am here now and would just like to say thanks a lot for a fantastic post and a all round
exciting blog (I also love the theme/design), I don’t have time to read it all at the moment but I have saved it and also added your RSS feeds, so when I have time
I will be back to read more, Please do keep up the fantastic b.
Appreciation to my father who stated to me concerning this web site,
ReplyDeletethis weblog is in fact amazing.
whoah this weblogg is fantastic i love studying your articles.
ReplyDeleteKeep up the reat work! You know, lots of individuals aree hunting round for this information, you copuld aiid them greatly.
I hawve learn some excellent stuff here.
ReplyDeleteDefinitely valie bookmarking for revisiting. I wonder hoow so much attempt you put to make any such wonderful informative web site.